Finger Rugby
Finger Rugby

9 aplikasi permainan ragbi, jom kita baca

Norliza Wasilan
22 Aug 2022 03:01pm
A
A
A

Sukan ragbi mempunyai peminatnya yang tersendiri sama ada di dalam padang ataupun menerusi permainan dalam talian.

Ini kerana, tidak semua peminat sukan itu mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bakat untuk beraksi di dalam padang menggunakan kekuatan fizikal.

Bagi peminat permainan dalam talian pula, mereka boleh merasai pengalaman seumpama bermain dengan bintang ragbi dan pasukan bertaraf antarabangsa.

Ini kerana, mereka boleh memilih sendiri bintang dan pasukan mana untuk bertanding.

Memetik kenyataan pakar motivasi, Ili Abdullah sebelum ini, beliau menyatakan bahawa aplikasi permainan dalam talian hari ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu pendidikan, keseronokan dan hiburan.

Oleh itu, kita perlulah bijak memilih permainan dalam talian supaya tidak memberi kesan kepada kesihatan hanya semata-mata terlalu leka untuk bermain.

Minggu ini Sinar Bestari senaraikan sembilan aplikasi permainan ragbi dalam talian untuk tatapan semua.

1 Rugby League 20

Permainan ini menampilkan sejumlah 25 pasukan baru dalam International Rugby League dengan senarai pemain daripada seluruh dunia dalam usaha membawa trofi kemenangan. Bukan itu saja, anda juga boleh bermain dalam National Leagues of England untuk mengalahkan pasukan lawan. Anda juga boleh membentuk pasukan sendiri dan mendaki kedudukan hingga peringkat teratas.

2 Rugby Nations 19

Bentuk pasukan hebat anda sendiri sehingga boleh memberi nama kepada pasukan itu. Anda juga boleh mendapatkan pemain legenda di seluruh dunia dan berlawan dalam mode World Cup.

3 Rugby League 22

Permainan ini membariskan semua pemain baru, visual stadium dan sistem latihan sukan yang direka khas untuk memberikan pengalaman bermain yang menarik. Permainan menerusi aplikasi ini juga unik kerana Rugby League 22 turut menampilkan wanita sebagai pemain. Pilihlah pasukan kegemaran anda daripada liga Australia atau England untuk membawa trofi kemenangan, Rugby League World Cup.

4 Flick Kick Rugby Kickoff

Permainan ini antaranya mempamerkan intuitive flick kicking, iaitu kita boleh mengawal sudut dan lengkungan tendangan dengan menggunakan jentikan jari. Selain itu, Multiple Game Mode pula membabitkan beberapa aspek antaranya Arcade Mode, bermaksud lima tendangan diambil daripada lima sudut berbeza dan anda boleh skor sebanyak mana pun mata. Tendangan kelima daripada setiap sudut akan membolehkan anda mengutip mata bonus jika berjaya. Setiap kejayaan gol akan memberikan mata.

5 Rugby: Hard Runner

Permainan ini berasaskan peringkat atau level di mana tujuannya adalah untuk mendapatkan skor try. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa ada pengadil yang akan memastikan tiada kesilapan dilakukan sepanjang permainan.

6 Rugby Champions 19

Jadilah pengurus ragbi terbaik dan cipta pasukan sendiri untuk menang dalam World Cup. Permainan ini juga membolehkan anda menjadi jurulatih, mencari pemain terhandal dan melatih menggunakan sepenuh potensi yang ada. Selepas itu, pimpinlah pasukan anda dengan strategi yang boleh menewaskan pihak lawan.

7 Rugby Manager

Jadilah pengurus ragbi berwibawa dan pimpin pasukan yang anda tubuhkan sendiri dengan strategi kemenangan. Rugby Manager ini menampilkan beberapa ciri antaranya perlawanan, kejohanan dan persaingan yang cukup mengujakan.

8 Rugby World Championship 2

Aplikasi ini direka khas oleh peminat ragbi untuk peminat ragbi. Ciptalah sejarah di pentas terbesar sukan ragbi ini bersama Rugby World Championship 2. Aplikasi ini membawa anda mengimbas kejayaan klasik dalam Rugby World Cup, mencipta semula pertarungan epik atau mewujudkan perlawanan baru antara negara seperti yang terdapat dalam Rugby Championship, The Six Nations dan sebagainya.

9 Finger Rugby

Permainan ini menggunakan jari untuk membuat tendangan bagi mendapatkan mata. Finger Ruby ini adalah permainan yang cukup popular. Bagi mendapatkan mode permainan yang menarik, cuba dapatkan Extra Ball dengan tendangan sempurna. Selain itu, dapatkan Super Ball yang akan memberikan mata bonus setiap kali tendangan itu disempurnakan dengan jayanya.

Artikel berkaitan

Pensyarah bina aplikasi ‘Track Me’ pantau pergerakan kanak-kanak, jaga keselamatan aset

Penyelidik UUM berjaya komersialkan produk aplikasi penghantaran

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok