HomeGen Z5 aplikasi permainan boling

5 aplikasi permainan boling

Boling adalah sukan yang unik, santai dan menghiburkan. Permainan ini cukup digemari ramai tanpa mengira umur sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Namun, tidak semua mampu untuk bermain di gelanggang secara kerap yang mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya masalah kesihatan, kekangan kewangan ataupun masa.

Oleh itu, anda mungkin boleh mencuba permainan ini menerusi aplikasi yang terdapat dalam Play Store bagi merasai pengalaman seumpama bermain di gelanggang sebenar.

Menerusi permainan itu, anda perlu menguasai kemahiran balingan bola ke arah lorong untuk menjatuhkan semua pin seterusnya melakukan strike.

Pemain juga boleh memilih jenis permainan yang disukai dan tahap kesukaran mengikut pilihan masing-masing.

Gambar hiasan.

Lebih menarik, anda juga boleh bermain menerusi aplikasi tertentu tanpa menggunakan talian internet, sebaliknya hanya perlu memuat turun terlebih dulu dan main pada bila-bila masa.

Menerusi aplikasi boling itu juga, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sekiranya berjaya mengalahkan lawan masing-masing menerusi pertandingan disediakan.
Berikut, Sinar Bestari memilih lima aplikasi permainan boling yang boleh anda cuba bagi mengisi waktu lapang.

Gambar hiasan.

3D Bowling
Ini adalah permainan boling 3D paling realistik terdapat dalam android. Antara yang menarik ialah ia mempunyai grafik 3D yang unik, lima cara balingan dan pilihan pelbagai bola untuk setiap balingan. Cara bermain pula, buat balingan sama ada dari posisi kiri atau kanan mengikut pilihan anda, balingkan bola ke arah lorong dan tengok skor anda.

Bowling Crew- 3D Arcade

Memaparkan permainan yang menarik apabila boleh berlawan dengan pemain dari seluruh dunia untuk meraih gelaran Raja Boling. Ini adalah pilihan terbaik bagi peminat boling, pada masa sama ia permainan paling popular dalam android. Menerusi permainan ini, anda boleh menjatuhkan semua pin seterusnya melakukan strike. Selain itu, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan token menerusi pertandingan dalam aplikasi ini yang diadakan setiap dua minggu. Permainan ini turut memuatkan pemilihan 11 lorong balingan 3D yang menarik dan 49 jenis bola balingan.

Bowling King
Aplikasi ini juga membolehkan anda bermain dengan pemain dari seluruh dunia dan berpeluang meraih gelaran sebagai Raja Boling. Selain itu, Bowling King ini juga mempunyai pilihan bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis, German, Itali, Rusia, Turki, Jepun, China dan Korea. Antara tarikan permainan ini ialah lorong boling yang cukup menarik seperti di Las Vegas, New York, Sydney dan Paris.

PBA Bowling Challenge
Permainan ini mempunyai pelbagai Kejohanan PBA, grafik boling 3D yang hebat dan anda juga berpeluang bersaing dengan 24 pemain boling terbaik Professional Bowlers Association (PBA). Selain itu, anda juga berpeluang meraih bonus menarik untuk setiap kejohanan yang disertai.

Bowling Club-bowling 3D
Anda boleh merasai pengalaman bermain seperti juara menerusi aplikasi ini. Selain itu, apa yang menarik ialah aplikasi ini tidak memerlukan internet untuk bermain dan ia boleh dimainkan secara offline setelah memuat turun di telefon bimbit anda. Permainan ini mempunyai pilihan bahasa Korea, Inggeris, Jepun, Cina, Vietnam, Thai, Rusia, Indonesia, Sepanyol, Portugis, German, Turki, Perancis dan Itali.

Artikel berkaitan

Shalin kebanggaan Malaysia

Ben kongsi tip bermain boling

181 pegawai pengurusan dan pelaksana ikuti program pembinaan pasukan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok