22 penyelidik UMP tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia

Iklan
22 penyelidik UMP tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia

Seramai 22 penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) tersenarai dalam ‘World’s Top 2% Scientists’ oleh Stanford University, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Mereka tersenarai dua kategori iaitu Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) dan Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).

Iklan

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin, pengiktirafan itu merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Stanford University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Iklan

"Pengiktirafan tersebut menggalakkan interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa serta industri bagi meneruskan kecemerlangan akademik selain mencipta peluang penyelidikan bagi menyelesaikan masalah sejagat.

"Ia selari dengan perancangan Pelan Strategik UMP 2021-2025 yang bakal meletakkan UMP untuk terus mencapai kegemilangan dalam akademik dan penyelidikan dengan bertemakan teknologi untuk masyarakat,” ujarnya dengan mengucapkan tahniah kepada warga UMP yang telah mencapai pelbagai kejayaan bagi meningkatkan citra universiti ke tahap pendidikan tinggi dan global.

[caption id="attachment_47423" width="600"] Sama-sama doakan agar UMP mampu mengungguli dalam bidang penyelidikan dan inovasi kelak.[/caption]

Tambah beliau lagi, UMP akan terus mengungguli dalam bidang penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang.

Penglibatan UMP dalam bidang tersebut adalah dalam usaha meningkatkan keupayaan teknologi melalui bilangan ciptaan produk dan penghasilan penemuan atau teknologi baharu berimpak tinggi yang akan memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, UMP turut tersenarai di kedudukan 801-1000 dalam Times Higher Education World University Rankings (THE WUR) 2023. Tahniah!

INFO

Kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement)

1) Dr Sudhakar Kumarasamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

2) Profesor Dr Jayarama Reddy Venugopal (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

3) Profesor Dr Jose Rajan (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

4) Profesor Dr Rizalman Mamat (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

5) Profesor Ir Ts Dr Kumaran A/L Kadirgama (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif),

6) Profesor Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli (Fakulti Komputeran) yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

7) Profesor Madya Ir Ts Dr Mohd Ashraf Ahmad (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

Kategori Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).

1) Dr Sudhakar Kumarasamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

2) Profesor Dr Jose Rajan (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

3) Profesor Dr Wan Azmi Wan Hamzah (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

4) Profesor Dr Rizalman Mamat (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

5) Profesor Dr Jayarama Reddy Venugopal (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

6) Profesor Datuk Ts Dr Zularisam Ab Wahid (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam)

7) Profesor Ir Ts Dr Kumaran A/L Kadirgama (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif)

8) Profesor Dr Md Maksudur Rahman Khan (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses)

9) Ts Dr Norazlianie Sazali (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik).

10) Profesor Ts Dr Md Mustafizur Rahman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

11) Ts Dr Ahmad Shahrizan Abdul Ghani (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik)

12) Profesor Madya Dr Ramadhansyah Putra Jaya (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam)

13) Profesor Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli (Fakulti Komputeran)

14) Profesor Madya Ir Ts Dr Wan Sharuzi Wan Harun (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

15) Profesor Madya Dr Mohd Herwan Sulaiman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

16) Profesor ChM Dr Mohd Hasbi Ab Rahim (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

17) Profesor Madya Ir Ts Dr Mahendran A/L Samykano (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif)

18) Profesor Ts Dr Jolius Gimbun (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses)

19) Profesor ChM Dr Chong Kwok Feng (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

20) Ts Dr Ros Azlinawati Ramli (Fakulti Sains dan Teknologi Industri)

21) ChM Dr Izan Izwan Misnon (Fakulti Sains dan Teknologi Industri).

Artikel berkaitan 

Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!

Kumpulan Dur Adikarya raih tempat ketiga Festival Tari Malaysia, ini kata jurulatih tarian mereka

Kerana populariti sukan frisbee, kumpulan pelajar UKM sepakat anjur UFUC 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok