HomeIPTBuletin IPTKumpulan Dur Adikarya raih tempat ketiga Festival Tari Malaysia, ini kata jurulatih...

Kumpulan Dur Adikarya raih tempat ketiga Festival Tari Malaysia, ini kata jurulatih tarian mereka

Gerak tari yang sangat teratur dan menawan serta lenggok badan yang lemah gemalai membawa tuah kepada kumpulan tarian dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) apabila mereka muncul sebagai pemenang tempat ketiga dalam Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Melaka, baru-baru ini.

Kumpulan tarian yang dikenali Dur Adikarya itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan sijil penyertaan.

Jurulatih tarian, Rosmiza Mohd Saad berkata, Dur Adikarya yang dianggotai 10 pelajar dari Kelab Kasawari UTeM merupakan pelajar yang begitu berbakat besar dalam bidang tarian.

“Mereka sentiasa bersemangat setiap kali sesi latihan diadakan malah sering memberikan komitmen luar biasa dalam kumpulan.

“Kejayaan kali ini adalah hasil kerja keras dan latihan yang berterusan daripada mahasiswa UTeM,” ujar Rosmiza yang juga merupakan Pegawai Kebudayaan UTeM.

Kumpulan Dur Adikarya dari Kelab Kasawari UTeM mempamerkan lenggok tarian yang mempesonakan.

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan, Gloria Fattimia Amadea yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan Kepujian berkata, kejayaan tersebut merupakan hadiah terindah buat mereka kerana dapat membuktikan pelajar aliran teknikal mempunyai bakat semula jadi serta potensi untuk menyerlah dalam bidang tarian dan kesenian.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM, Profesor Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif berkata, kejayaan tersebut memperlihatkan pelajar UTeM mampu menyerlah dalam bidang tarian.

Jelasnya, pelajar UTeM bukan hanya berfokus kepada akademik semata-mata malahan turut berkompetensi tinggi secara holistik termasuklah dalam perspektif kesenian dan tarian.

Artikel berkaitan 

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 

8 tarian tradisional di Malaysia yang perlu pelajar ketahui

Persaingan sengit! Najmi Adli terkejut diumumkan johan deklamasi sajak