Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Siti Aqlima Ahmad diiktiraf sebagai penerima Pingat Saintis Muda Polar bagi menghargai sumbangannya dalam penyelidikan membabitkan bidang polar atau kutub.
Pengiktirafan itu diberikan pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Kesepuluh Penubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), baru-baru ini.
Pingat berkenaan disampaikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan disaksikan Sultan Terengganu yang juga Penaung YPASM, Sultan Mizan Zainal Abidin.
[caption id="attachment_47724" width="600"] Siti Aqlima (lapan dari kanan) bergambar kenangan selepas diiktiraf sebagai penerima Pingat Saintis Muda Polar, baru-baru ini. Foto/UPM.[/caption]
Siti Aqlima yang juga pensyarah Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) merakamkan penghargaannya atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
Beliau turut menyifatkan pengiktirafan diterimanya itu adalah kejayaan untuk semua saintis muda polar di negara ini.
"Alhamdulillah, anugerah yang diterima hari ini adalah satu pencapaian untuk diri saya dan juga UPM.
"Saya juga bersyukur kerana telah memberi sumbangan dalam penyelidikan membabitkan (bidang) polar,” tuturnya seperti dipetik laman sosial Facebook UPM, baru-baru ini.
[caption id="attachment_47726" width="600"] Siti Aqlima (dua dari kiri) ketika menerima pengiktirafan sebagai Saintis Muda Polar, baru-baru ini. Foto/UPM.[/caption]
Tambahnya lagi, penyelidikan polar ini memberi manfaat kepada masyarakat dan juga negara.
Sehubungan itu, Siti Aqlima berharap, penyelidikan membabitkan bidang itu akan terus berkembang di negara ini seterusnya dikenali di peringkat antarabangsa.
"Pembabitan dalam penyelidikan polar ini memberi kebaikan dan manfaat kepada masyarakat dan negara melalui pengumpulan data saintifik yang dapat menyumbang kepada proses pembuatan dasar.
"Harapan saya, penyelidikan (dalam bidang polar) di negara ini akan terus berkembang dan maju di peringkat global.
"Saya juga berharap seluruh dunia akan mengetahui bahawa penyelidik Malaysia juga mampu bersama-sama bersaing dalam penyelidikan seperti ini,” tambahnya.
Artikel berkaitan
22 penyelidik UMP tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia
Siti Hawa, ahli farmasi popular di media sosial
3 tip untuk ibu bapa praktikkan jika anak-anak lemah dalam pelajaran
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok