“Bacalah selalu dan jangan tinggal walau sehari” - Naib johan qari

Iklan
“Bacalah selalu dan jangan tinggal walau sehari” - Naib johan qari
Naib johan qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan memperoleh markah 88.83 peratus berbanding johannya, Mohamed Sameer Magahed dari Bahrain yang memperoleh markah 93.33 peratus.Bagaimanapun, perbezaan markah hanya 4.5 peratus itu tidak pernah memberikan tamparan hebat kepada Aiman Ridhwan sebaliknya dia percaya yang ALLAH telah menetapkan pintu rezeki masing-masing.Aiman Ridhwan yang merupakan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Darul Quran berkata, untuk mahir dalam bidang tilawah ini, seseorang itu perlu menjalani latihan setiap hari."Jangan jemu untuk melakukan latihan tilawah al-Quran."Latihan ini memang kena lakukan setiap hari dan jika kita sentiasa berlatih, secara automatik ia dapat memperbaiki mutu bacaan," ujarnya menerusi klip video yang dipetik di laman Facebook USIM.Mengulas lanjut mengenai bidang al-Quran, Aiman Ridhwan berkata, minat mendalami ilmu al-Quran sudah bermula ketika usianya 14 tahun.Setiap kali ada masa lapang, dia akan bertaranum, bernasyid dan mengembara.Jelas anak kelahiran Taiping, Perak ini lagi, pelbagai anugerah telah diraih sepanjang dirinya berkecimpung dalam bidang berkenaan.Sebelum ini, Aiman Ridhwan dinobatkan Johan Kategori Tilawah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2022M yang mewakili negeri Perak di Dewan Besar Pusat Islam, Iskandar Johor, Jun lalu.Akhir sekali, Aiman Ridhwan menitipkan sedikit pesanan kepada masyarakat di luar sana iaitu kepada mereka yang berminat dalam tilawah dan hafazan, haruslah melakukan 4T iaitu Tilawah, Tadabbur, Tafakkur dan Tahfiz atau Tarannum.Beliau juga berpesan agar kita semua sentiasa menghormati ibu bapa, guru dan sahabat serta mendalami al-Quran sehingga ke akhir hayat."Kepada mereka yang menghafal al-Quran jagalah hafalan agar ia menjadi syafaat di akhirat kelak," ujarnya.Artikel berkaitan Tahniah Cikgu Sofizah! Kemenangan ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia8 rahsia kejayaan Cikgu Sofizah yang ramai tidak tahu Penghafaz al-Quran wajib ada 3 tip ini untuk kekalkan ingatan hafazan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok