Tahniah Cikgu Sofizah! Kemenangan ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia
Tahniah Cikgu Sofizah! Kemenangan ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia

Tahniah Cikgu Sofizah! Kemenangan ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia

Roshlawaty Md Raieh
25 Oct 2022 02:18pm
A
A
A

Berita kemenangan Cikgu Sofizah Mousin sebagai johan bagi kategori wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62, telah menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, ribuan ucapan tahniah dan juga doa membanjiri kebanyakan laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Dalam usaha bersama-sama meraikan kemenangan tersebut, Sinar Bestari memetik ucapan warga maya yang dimuatkan di laman Facebook.

Antara kata-kata mereka adalah

“Tahniah cikgu Geografi. Semoga menjadi contoh kepada cikgu-cikgu yang lain.”

“Alhamdulillah tahniah atas kejayaannya.”

“Tahniah kepada Cikgu Sofizah dan Aiman Ridhwan kerana telah mengharumkan nama negara. Kami cukup bangga dengan anda berdua.”

“Tahniah qariah negara. The real of ‘Kecil-kecil Cili Padi’ berbadan kecil tetapi bersuara lunak.”

“Sebelum ini negeri Sabah telah melahirkan ramai penyanyi hebat, tetapi sekarang, negeri ini berjaya melahirkan johan tilawah al-Quran. Alhamdulillah. Semoga lebih ramai mengikuti jejak langkah Cikgu Sofizah.”

“Alhamdulillah, masyaAllah tabarakallah, tahniah guru yang hebat.”

Melihatkan kejayaan luar biasa Cikgu Sofizah ini, semestinya ramai yang ingin tahu kisah hidup guru yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.

Justeru itu, Sinar Bestari kongsikan sebahagian fakta guru hebat yang kini menjadi inspirasi ramai.

1) Cikgu Sofizah berusia 33 tahun dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

2) Merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik dan kini berkhidmat sebagai Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor.

3) Cikgu Sofizah merupakan isteri kepada Ahmad Asrol Saidi dan ibu dua orang cahaya mata iaitu Orked Nur Mikayla dan Iris Nur Marissa.

4) Kejayaan terbaharu Cikgu Sofizah adalah dinobatkan Johan Qariah Kebangsaan 2022 dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor.

5) Walaupun mengajar Geografi, namun kecintaan Cikgu Sofizah terhadap al-Quran begitu menebal sejak di usia remaja. Kerana minat yang mendalam, Cikgu Sufizah mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran al-Quran ketika berada di peringkat sekolah menengah.

6) Walaupun kesibukan sebagai seorang guru, isteri dan juga ibu, Cikgu Sofizah tetap meluangkan masa dengan mengaji al-Quran dengan cara memanfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Hebatnya wanita ini.

7) Selain latihan insentif kendiri di dalam kenderaan, Cikgu Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Daud.

Inilah sedikit sebanyak keperibadian Cikgu Sofizah. Semoga kejayaan beliau menjadi sumber rujukan kepada generasi muda hari ini.

Sementara itu, MTHQA ke-62 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah menobatkan wakil Malaysia, Cikgu Sofizah sebagai johan kategori wanita dengan catatan markah 89.66 peratus.

Manakala Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan pula, muncul naib johan qari dengan markah 88.83 peratus.

MTHQA ke-62 menampilkan 36 peserta daripada 28 buah negara meliputi 24 qari (lelaki) dan 12 qariah (wanita).

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’, MTHQA ke-62 yang berlangsung selama enam hari bermula Rabu lalu, membabitkan 36 peserta dari 28 negara.

MTHQA ke-62 ini adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini, manakala kategori hafazan akan kembali pada tahun depan.

Artikel berkaitan

Guru Geografi muncul Johan Qariah setelah 3 kali sertai pertandingan

Ustaz Kartun dedah rahsia faham surah al-Quran, melalui 3 teknik ‘kartungogi’

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok