8 rahsia kejayaan Cikgu Sofizah yang ramai tidak tahu 
8 rahsia kejayaan Cikgu Sofizah yang ramai tidak tahu 

8 rahsia kejayaan Cikgu Sofizah yang ramai tidak tahu 

Roshlawaty Md Raieh
25 Oct 2022 04:31pm
A
A
A

Nama Cikgu Sofizah Mousin tular di media sosial hari ini dek kejayaan beliau menjadi johan bagi kategori wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62.

Kerana kejayaan tersebut, kakak iparnya, Naniey Koraiza Yaacob telah memuat naik hantaran di laman Facebooknya formula kejayaan Cikgu Sofizah.

Naniey Koraiza yang sudah 23 tahun bergelar kakak ipar kepada Cikgu Sofizah berkata, Sofizah sememangnya berbakat besar dalam bidang nyanyian dan mengaji sejak dari kecil lagi.

“Sebenarnya, dari umur 13 tahun lagi dia sudah mula serius dengan tilawah al-Quran. Dia sertai kelas taranum, kelas tajwid dan pelbagai lagi pertandingan dalam pelbagai peringkat.

“Banyak air mata dan gelak tawa yang dia lalui. Memang semangat dia cukup kuat,” kata hantaran tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut formula kejayaan Cikgu Sofizah ini, jom ikuti perkongsian kakak iparnya itu.

Semoga bermanfaat.

Kredit Foto: Facebook Naniey Koraiza Yaacob

*****

Kami panggil Sofizah dengan panggilan Lily manakala anak-anak saudaranya memanggil dia Auntie Lily.

Ingat lagi sewaktu Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu, kami sekeluarga pasti meminta dia menyanyi kerana suaranya yang sedap. Biasanya, lagu pilihan Sofizah adalah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mengulas lanjut mengenai formula kejayaan Sofizah, ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan kepada semua.

Segala formula ini adalah berdasarkan pemerhatian saya selaku kakak iparnya selama 23 tahun.

Ini rahsianya.

1) Mula sekarang secara konsisten. Macam Sofizah, dia bermula ketika berumur 13 tahun. Sekarang umurnya sudah 33 tahun dan ini bermakna dia mengambil masa selama 20 tahun untuk menjadi juara antarabangsa.

2) Jangan putus asa. Walaupun tewas banyak kali, tetap perlu bangkit dan cuba lagi.

3) Jangan takut hendak berguru. Cari guru terbaik seperti yang dilakukan Sofizah. Dia berguru hingga ke Kelantan walaupun ketika itu dia tinggal di Sabah.

4) Sanggup berkorban apa saja. Lihat Sofizah, dia sanggup korbankan masa untuk jalani latihan, korbankan masa untuk mengajar dan juga untuk keluarga.

5) Fokus kepada impian. Sudah lama Sofizah mahu menjadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sehinggalah ada anak dua. Sofizah tidak pernah lupa impian dia. Dia selalu cakap, “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa.”

6) Dapatkan sokongan daripada yang rapat. Macam Sofizah sendiri, dia dapat sokongan kuat daripada keluarga dan juga rakan-rakan sekeliling. Alhamdulillah.

7) Apa pun jadi, jalan terus! Sofizah ini, dugaan dan ujiannya memang banyak. Sakit pening, anak-anak tidak sihat, kereta rosak dan sebagainya, tidak pernah membuatkan dia putus asa. Dia tetap jalan terus. Memang kagum dengan semangatnya.

8) Sanggup hijrah. Sofizah sanggup berhijrah dari Sabah ke Selangor demi merebut peluang untuk mendekati guru-guru hebat.

Inilah sebahagian formula kejayaan Sofizah menurut pandangan kakak iparnya.

Semoga apa yang dikongsi oleh beliau ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat di luar sana. Insya-ALLAH.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk semua.

Sumber: Facebook Naniey Koraiza Yaacob

Artikel berkaitan

Tahniah Cikgu Sofizah! Kemenangan ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia 

Rahsia tersembunyi pelajar cemerlang, berikut 9 perkara dikongsi mereka

Guru cekal berdepan rintangan didik anak murid pedalaman


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok