Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November ini ditunda pada 28 November hingga 1 Disember ini.
Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, pindaan itu dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan PRU-15 yang akan berlangsung pada 19 November.
"Jakim prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Hakimah berkata, tarikh baharu pelaksanaan UPKK (bertulis) bagi Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) pada 14 November dipinda pada 28 November manakala Sirah, Jawi dan Khat yang dijadualkan pada 15 November dipinda kepada 29 November.
Sambungnya lagi, ujian bagi Adab pada 16 November dipinda pada 30 November manakala Lughah al-Quran pada 17 November dipinda pada 1 Disember.
Kami di Sinar Bestari berharap semua calon-calon UPKK akan terus mengulang kaji pelajaran walaupun tarikh peperiksaan telah dipinda.
Didoakan adik-adik memperoleh mumtaz dalam UPKK, insya-ALLAH.
Artikel berkaitan
8 tip yang perlu diamalkan sebelum UPKK bermula!
Pengetua, Guru Besar berperanan penting terajui kepimpinan SMKA dan SABK
3 tip untuk ibu bapa praktikkan jika anak-anak lemah dalam pelajaran