310940863_651315506365592_351406839563164_n
310940863_651315506365592_351406839563164_n

Pengetua, Guru Besar berperanan penting terajui kepimpinan SMKA dan SABK

Adlan Farhan Azwan
13 Oct 2022 05:01pm
A
A
A

Dalam memastikan pengendalian pengurusan sekolah agama diurus tadbir dengan baik, Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan penting untuk menerajui kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, peranan yang diamanahkan kepada Pengetua dan Guru Sekolah agama itu juga adalah sebagai usaha melancarkan pelaksanaan dasar pendidikan.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan sekolah selari dengan elemen nilai murni.

Mohd Radzi berkata selepas menghadiri Majlis erasmian Mustaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama KPM Ke-6 tahun 2022 di Hotel Summit USJ, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

“Ini termasuk penerapan dan amalan ajaran Islam dengan menekankan kepentingan kepimpinan yang bersih, amanah, prihatin dan pada masa yang sama cekap dan profesional.

“Ingatlah bahawa generasi yang hebat akan sentiasa melahirkan generasi seterusnya yang lebih hebat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, baru-baru ini.

Beliau membuat perkongsian tersebut selepas menghadiri Majlis Perasmian Mustaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama KPM Ke-6 tahun 2022 di Hotel Summit USJ, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini

Dalam pada itu, Mohd Radzi turut mengingatkan semua warga KPM khususnya Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK untuk melaksanakan sebaik mungkin amanah yang diberikan demi memastikan pendidikan terbaik untuk anak-anak.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK.

“Semoga terus istiqamah dan sentiasa berusaha dalam membentuk generasi baharu dengan peribadi yang baik dan berilmu pengetahuan,” jelas beliau.

SMKA dan SABK kini semakin menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke peringkat pengajian menengah dengan memberi penekanan terhadap pengajian dan pemupukan budaya Islam.

Artikel berkaitan

Pembinaan sekolah baharu ambil kira aspek reka bentuk kondusif - Radzi

Bajet 2023: KPM terima peruntukan terbesar berjumlah RM55.6 bilion

8 tip yang perlu diamalkan sebelum UPKK bermula!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok