KVSAS medan akhir JuniorSkills Malaysia

Iklan
portal kv
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS), Telok Datok, Banting di sini berbangga menjadi tuan rumah pertandingan peringkat akhir JuniorSkilss Malaysia (JSM) yang berlangsung bermula 26 hingga 27 Oktober lalu.Penganjuran JSM di KVSAS melibatkan tiga kategori iaitu memasak (cooking), pastri (patisserie) dan pemasangan elektrikal (electrical installations).Pengarah KVSAS, Noraini Ishak berkata, JSM memberi pendedahan awal kepada para remaja tentang kemahiran tinggi dalan sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.Beliau menjelaskan ia dapat menjadi platform memilih dan mengiktiraf remaja, belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul untuk bertanding di peringkat antarabangsa."Selain itu, pertandingan melibatkan para pelajar berumur 16 tahun ke bawah ini dari seluruh negara dapat memperkasa TVET. Pertandingan peringkat akhir JSM itu menyaksikan 29 pelajar mempamerkan kemahiran dalam bidang memasak (11), pastri (8) dan pemasangan elektrikal (10).Noraini menjelaskan, JSM juga dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga manusia di Malaysia bertaraf dunia.Katanya lagi, ia mampu memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.Dalam pada itu, beliau menambah, pihaknya memilih Hari Terbuka KVSAS selaras dengan peringkat akhir JSM supaya dapat memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa bidang TVET sangat luas malah dengan pengalaman dan minat boleh menyertai pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.Beliau berharap pertandingan berkenaan dapat diadakan setiap tahun dan dikembangkan kepada lebih banyak bidang untuk mencungkil bakat-bakat muda negara.Pertandingan peringkat akhir JSM, Worldskills Malaysia Belia (WSMB) dan Worldskills Malaysia Pengajar (WSMP) merupakan anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung dari awal tahun sehingga akhir Oktober ini di beberapa lokasi terpilih.Penganjuran pertandingan JSM melibatkan 10 bidang kemahiran seperti teknologi reka bentuk, pemasangan elektrik, memasak, robotik mudah alih, penyelesaian perisian IT untuk perniagaan, elektronik, pastri, teknologi drone, kejuruteraan mekanikal CAD dan teknologi web.Majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi pertandingan JSM , WSMB dan WSMP akan diadakakan pada 3 November ini dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM).Artikel berkaitanNur Saif Ammar budak elektrikProgram TVET Junior akan diperkenalkan, tarik pelajar minat bidang kemahiranSekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera Anjur Majlis Khatam Quran

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok