Program JMKM Siswa bantu pelajar dapatkan barangan dengan harga lebih rendah

Iklan
Program JMKM Siswa bantu pelajar dapatkan barangan dengan harga lebih rendah
Masalah kewangan yang dihadapi kebanyakan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) hari ini bukanlah satu perkara baharu.Sejak dahulu hingga sekarang, masalah tersebut sering kali menghantui para pelajar di negara ini sehinggakan ada antaranya terpaksa menolak tawaran ke IPT kerana berhadapan masalah kewangan.Bagi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), rintihan mahasiswa mereka berkaitan perkara ini sentiasa mendapat perhatian pengurusan tertinggi.Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar, UMT telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan program bantuan dalam membantu pelajar berkaitan.Tambah beliau, program-program seperti bantuan khas Covid-19; kemudahan pembelajaran berbentuk komputer riba dan pelan data internet; makanan percuma melalui gerobok rezeki, khairat kematian, talian e-Kaunseling dan banyak lagi telah diberikan kepada pelajar dan ramai yang mendapat manfaatnya.Mengulas lanjut mengenai program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa yang diperkenalkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, Mazlan memberitahu, ia adalah bentuk bantuan yang cukup tepat dalam membantu golongan mahasiswa di IPT Awam (IPTA)."JMKM Siswa menyediakan pelbagai barangan keperluan dan alat tulis yang boleh dinikmati oleh pelajar dengan harga lebih rendah."Adanya JMKM Siswa ini, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban pelajar sepanjang mereka mengikuti pengajian di UMT."Besar harapan saya agar mereka dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh JMKM Siswa untuk meneruskan pembelajaran di universiti ini," ujarnya ketika pelancaran JMKM Siswa di kampus UMT, baru-baru ini yang dirasmikan Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMT, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.INFO JMKM