chan le qi usm
chan le qi usm

Mahasiswa bawa pulang RM27,900 dalam James Dyson Award, menang inovasi MA-Pencil bantu perkembangan kanak-kanak autisme

Rasyidah Zulkifi
19 Sep 2022 12:30pm
A
A
A

Walaupun menghidap gangguan spektrum autisme (ASD), kanak-kanak autisme masih boleh hadir ke sekolah dan belajar seperti biasa. Cuma cara mereka belajar sedikit berbeza.

Dengan inovasi terkini, penghidap ASD dapat dibantu dalam akademik seperti yang dilakukan oleh pelajar Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Chan Le Qi.

Le Qi berjaya mencipta sebatang pensel dinamakan MA-Pencil di bawah seliaan pensyarah seniornya, Ts Dr Siti Suhaily Surip sebagai panduan untuk membantu kanak-kanak autisme menggenggam pensel dengan cara yang betul.

Rekaan ini melayakkannya menjadi Pemenang Kebangsaan, James Dyson Award 2022 dan membawa pulang sejumlah wang tunai bernilai RM27,900.

Le Qi berkata, pihaknya melakukan penyelidikan ini mengkaji masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Tambahnya, MA-Pencil juga dicipta sebagai set pensel multifungsi yang mempunyai peranan audio untuk membimbing mereka menulis secara bebas berdasarkan data yang dikumpul di pusat kanak-kanak autisme di universiti berkenaan.

“Melalui set MA-Pencil, kanak-kanak autisme akan belajar cara menggenggam pensel mengikut peringkat yang berbeza.

“Inovasi pencengkam berwajaran mempunyai bentuk ergonomik untuk mereka boleh digunakan dalam peringkat permulaan, peringkat penyesuaian dan peringkat matang.

“Tekstur penggenggam yang menonjol membantu kanak-kanak autisme menggenggam pensel dan meningkatkan fungsi deria motor mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, selepas menggunakannya selama beberapa bulan, penghidap ASD boleh pergi ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat penyesuaian.

“Pencengkam boleh dipusing mengikut arah jam 180 darjah untuk digunakan di peringkat penyesuaian.

“Pada peringkat ini, pencengkam boleh menyokong perkembangan jari dengan betul untuk memegang pensel.

"Pada peringkat matang, pencengkam boleh ditanggalkan dan pengguna boleh menggenggam pensel seperti biasa," ujarnya.

Artikel berkaitan 

Anak autisme perlu ada kemahiran ini sebelum bersekolah

Mahasiswa UPM anjur e-kempen mencari Ulul Quran anak-anak istimewa dan autisme 1.0

Mahasiswa UPM anjur kempen infaq untuk anak-anak istimewa dan autisme


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok