Cikgu Nasir mohon sukan ragbi perempuan diwujudkan di peringkat sekolah

Iklan
Cikgu Nasir mohon sukan ragbi perempuan diwujudkan di peringkat sekolah
Sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan sukan ragbi perempuan di peringkat sekolah rendah dan menengah di negara ini.Ini kerana, perkembangan permainan ragbi sejak satu dekad ini yang melibatkan pemain perempuan sudah mencapai tahap membanggakan.Menurut Guru Pendidikan dan Jasmani, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras, Selangor, Cikgu Mohd Nasir Zakaria, 39, pengenalan sukan ragbi kepada perempuan bawah 12 dan bawah 18 tahun harus disegerakan dalam melahirkan pelapis ragbi yang bakal mengharumkan nama negara nanti."Sukan ragbi ini dapat mendisiplinkan pemain selain membentuk diri menjadi lebih berani dan kental untuk menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.[caption id="attachment_48576" width="600"] Cikgu Syahirah Mahiyud-din (kanan) merupakan antara guru ragbi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran tersendiri dalam sukan berkenaan.[/caption]"Justeru, mungkin pihak berkaitan boleh berbuat sesuatu kerana bidang sukan ini bukan permainan semata-mata sebaliknya ragbi mampu mendisiplinkan murid terutama dari aspek pengurusan dan ketepatan masa serta membina jati diri sekali gus menjadi seorang individu yang cemerlang," ujarnya kepada Sinar Bestari.Sebelum itu, sukan ragbi di negara ini hanya diperkenalkan kepada murid-murid lelaki di sekolah rendah dan menengah.Sebaliknya, murid perempuan yang berbakat dalam sukan tersebut tidak dapat mengembangkannya disebabkan tiada kategori sukan ragbi perempuan.Dalam pada itu, takwim KPM pada masa ini masih belum memasukkan sukan ragbi perempuan bawah 12 dan bawah 18 tahun dalam kalendar sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).Bagi menyeimbangkan penyertaan lelaki dan wanita, adalah wajar sekiranya cadangan untuk mewujudkan satu lagi kategori wanita bawah 12 dan 18 tahun untuk bermain ragbi dengan kadar segera."Wujudnya sukan ragbi perempuan bawah 12 dan bawah 18 tahun secara tidak langsung memberi peluang kepada jurulatih wanita dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berkongsi kepakaran mereka."Tambahan pula, kita miliki ramai guru yang mahir dan pakar dalam sukan ragbi."Jadi, inilah masanya untuk kita buka mata dan wujudkan sukan tersebut untuk mereka bagi memeriahkan sukan yang sedia ada," jelasnya yang berpengalaman hampir 15 tahun melatih murid perempuan dalam sukan ragbi khususnya murid bawah 12 tahun yang pada masa ini tiada tempat dalam MSSM.[caption id="attachment_48575" width="600"] Mohon KPM segerakan pengenalan bagi sukan ragbi perempuan bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun.[/caption]INFOSukan ragbi