tip ragbi
tip ragbi

Cikgu Mursyid kongsi 6 teknik asas bermain ragbi

Rasyidah Zulkifi
22 Aug 2022 02:09pm
A
A
A

Ragbi diperkenalkan di peringkat sekolah rendah sejak murid berumur 10 tahun dan ia merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum.

Sukan ini memerlukan murid untuk memakai pakaian sukan bersesuaian, di samping sekolah menyediakan padang yang berada dalam keadaan selamat dan bola ragbi yang baik.

Namun, sebelum itu, pemilihan pemain perlu dilakukan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai sukan itu.

Selain daripada aspek kelincahan, tahap kelajuan dan saiz badan, elemen psikologi juga akan diterapkan.

Menurut Ketua jurulatih pasukan ragbi, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2), Cheras, Selangor, Muhd Mursyid Zulkefli, 34, aspek berkaitan mental ini adalah yang paling utama perlu dibina dalam diri pemain supaya mereka efektif sewaktu permainan berlangsung.

“Sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai jurulatih di sekolah ini, saya dipertangungjawabkan untuk membentuk murid-murid dari kosong hingga ke tahap mereka berada sekarang.

“Pastinya pengalaman dalam membimbing dan memberikan khidmat kejurulatihan kepada pasukan-pasukan ragbi SKBTHO2 adalah berbeza.

“Ini kerana apa yang membezakan kekuatan setiap pasukan adalah kemantapan dari segi mental,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sambungnya lagi, dia memerlukan antara dua hingga tiga minggu untuk membentuk pelapis baharu ini memahami cara bermain ragbi, undang-undang dan membiasakan diri dengan corak permainan yang betul.

“Kadar kekerapan latihan yang perlu dijalani murid-murid ini bagi menguasai segala kemahiran adalah subjektif.

“Cuma kaedah untuk mempercepatkan proses tersebut adalah dengan memberikan mereka pengalaman bermain dalam pertandingan kompetitif yang diadakan sepanjang tahun.

“Setelah saya melengkapkan pemain dengan kemahiran asas dan beberapa trik dalam taktikal permainan, saya akan memberi mereka peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan sedia ada serta mencari gaya permainan tersendiri dalam pertandingan yang disertai,” ujarnya yang menyifatkan inisiatif itu menjadikan permainan murid-murid lebih matang.

Untuk itu, Cikgu Mursyid berkongsi enam teknik asas yang taktikal bermain ragbi bagi murid-murid sekolah rendah.

***

Artikel berkaitan

Sukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2)

Cikgu Abas harum nama SK Danau Kota 2 dalam bidang sukan 

6 teknik orang Jepun mendidik anak-anak boleh bantu ibu bapa di rumah!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok