Cuti pelepasan beri peluang kepada pelajar IPTA pulang mengundi

Iklan
pelajar-balik-mengundi
Cuti pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beri peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Usaha ini disokong oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyediakan 43 buah bas bagi 1,600 pelajar pulang mengundi Sabtu ini.Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Profesor Dr Shamsul Sahibuddin, fasa pertama penghantaran adalah pukul 9.30 malam tadi yang melibatkan seramai 1,200 pelajar dan 35 buah bas, manakala 400 pelajar lagi dengan lapan buah bas pada pukul 8 pagi tadi."Usaha itu adalah bagi membantu pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dan setiap pelajar hanya perlu membayar antara RM20 hingga RM50 mengikut lokasi dan negeri."Proses ini dikendalikan atas bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)," katanya pada sidang media di UTM, baru-baru ini.Sementara itu, menerusi tinjauan terhadap 13,000 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dianggarkan hampir 11,000 akan balik mengundi dan sebahagian besar daripada jumlah itu adalah pengundi kali pertama.Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Hafiz Yusoff, pihaknya menyokong inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan KPT yang memberi peluang kepada pelajar memainkan peranan memilih kerajaan."Seperti diarahkan KPT, pelajar UniSZA akan bercuti lima hari bermula Khamis sehingga Isnin sebelum kembali ke kampus untuk menyambung kuliah pada Selasa."Mereka dilihat sangat teruja, selari dengan kebenaran untuk pelajar berpolitik yang memberi peluang mereka mencorak masa depan negara dengan matang," jelasnya.Dalam pada itu, di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pula, kira-kira 800 pelajar telah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing secara percuma ke Utara, Timur dan Selatan.Sebanyak tujuh buah bas telah disediakan UiTM dengan kerjasama MPP UiTM yang melibatkan seramai 150 orang.Artikel berkaitanPRU15: Pelajar IPTA tuntut kestabilan ekonomi, kebebasan berpolitikPRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahuPRU15: Mudah dan pantas! Ini caranya menyemak tempat mengundi bagi guru dan mahasiswa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok