Lawatan sambil belajar beri peluang 38 murid tadika timba pengalaman berharga

Iklan
Lawatan sambil belajar beri peluang 38 murid tadika timba pengalaman berharga
Membaca merupakan satu aktiviti yang dapat memberikan manfaat dan faedah kepada setiap individu yang melakukannya.Ia perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan berkaliber sebagai pemimpin masa depan.Menyedari hakikat tersebut, baru-baru ini, Tadika Perintis Ilmu yang terletak di Taman Redan Perdana, Bandar Muadzam Shah, Pahang, telah memilih Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah dan Petrosains PlaySmart di Kuantan, Pahang sebagai destinasi utama Lawatan Sambil Belajar.Lawatan sehari itu disertai seramai 38 murid berusia lima hingga enam tahun dan diiringi lapan guru pengiring.Menurut Pengerusi Tadika tersebut, Cikgu Farzita Azahan, lawatan itu bertujuan mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan peserta, memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah yang menyeronokkan dan memperkenalkan institusi perpustakaan kepada generasi cilik.[caption id="attachment_48876" width="600"] Beratur sebelum menaiki bas.[/caption]"Dunia sekarang memerlukan generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi membolehkan mereka bersaing menghadapi kehidupan lebih mencabar."Justeru, program kecil seperti inilah yang harus kita kembangkan ke seluruh peringkat usia sebagai usaha membantu memberikan nilai tambah dalam diri setiap peserta," ujarnya kepada Sinar Bestari.Sementara itu, beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang lawatan berlangsung.Antaranya, para peserta didedahkan dengan pelbagai jenis buku dan majalah yang terdapat di Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah ini.Mereka juga diajar cara-cara memilih bahan bacaan yang besesuaian dengan peringkat umur masing-masing.[caption id="attachment_48877" width="600"] Antara aktiviti yang disertai murid-murid Tadika Perintis Ilmu.[/caption]Sambung Cikgu Farzita, lawatan Petrosains PlaySmart juga memberi 1001 pengalaman berharga kepada murid-murid tadika berkenaan.Ini kerana, peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti dan permainan menarik yang berkaitan dengan ilmu sains.Akhir sekali, Cikgu Farzita berharap, sesi lawatan tersebut dapat diadakan lagi dengan pemilihan beberapa lokasi lain yang mampu memberi manfaat kepada murid di Tadika Perintis Ilmu.Artikel berkaitan SMJK Jit Sin juara National Science Challenge 2022, bakal ikuti lawatan sambil belajar ke JepunBudaya membaca masih membimbangkan! 2 pakar kongsi tip khas yang pasti berkesanCalon NILAM kebangsaan kongsi membaca seawal 5 tahun

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok