Perlu banyak pendedahan di peringkat sekolah
Iklan
Walaupun hanya mempelajarinya secara teori dan kadangkala mempraktikkan teknik ringkas dalam menghasilkan batik, ia bukanlah alasan untuk Nur Farah Adeeba Zulkiflee mendalami ilmu seni itu kerana keunikannya.Dia yang mesra disapa Farah mengatakan, seni batik merupakan salah satu silibus dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dan peluang untuknya mempelajari seni warisan itu."Di sekolah, selain teori, kami (pelajar) juga diberi peluang untuk mencuba teknik mencanting batik."Kami turut diberi peluang menghasilkan baju batik dengan menggunakan teknik batik celup yang sememangnya ada dalam silibus PSV Tingkatan Empat dan Lima," katanya kepada Sinar Bestari ketika ditemui baru-baru ini.Membentuk kreativiti Pendidikan seni batik dalam PSV adalah untuk melatih serta membentuk kreativiti pelajar-pelajar dengan pelbagai imaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Bagi pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6, Bandar Pusat Jengka, Pahang, pendedahan seni batik dalam sesi pembelajaran membantu dirinya dan kawan-kawan lain tampil dengan idea baharu dalam apa jua penghasilan yang melibatkan seni."Memandangkan seni batik mempunyai keunikan yang tersendiri, ia juga mendorong idea baharu kepada kami (pelajar) untuk lebih kreatif dalam menghasilkan karya seni terutamanya ketika menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," ujarnya.Selain itu, Farah turut menjelaskan, seni batik yang diterapkan di sekolah adalah lebih kepada huraian tentang prinsip asas, jenis, motif, alatan, bahan serta proses yang digunakan dalam menghasilkan batik secara teori.Namun begitu, terdapat juga beberapa cabaran yang perlu ditempuh dalam mempelajari ilmu seni tradisional ini.Pendedahan yang terhadSeni batik peringkat sekolah menengah tidak diberi pendedahan yang mendalam kerana beberapa faktor antaranya kos yang tinggi.Ini kerana ujar Farah, seni itu memerlukan peralatan yang khusus seperti canting dan lilin."Disebabkan ini kami lebih banyak mempelajarinya secara teori yang ada dalam buku teks."Cuma ada ketika, kami diberi peluang untuk menghasilkan batik celup kerana kosnya yang lebih murah berbanding batik canting," jelasnya.Tambah Farah lagi, dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang seni batik."Ia adalah satu peluang untuk saya mendalami ilmu seni tradisional ini memandangkan hanya sedikit sahaja pendedahan di peringkat sekolah menengah."Pada pendapat saya, dalam usaha untuk menaikkan nama batik dalam kalangan semua peringkat umur ia perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah," ujarnya.Mengikut silibus yang dikeluarkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dalam subjek PSV, seni batik sekolah menengah menjelaskan empat jenis batik yang dipelajari.
- Batik skrin