Pendedahan awal sukan bola sepak

Iklan
Untitled design (12)

Perlu bakat muda untuk teruskan legasi.

Iklan
Iklan

Pencarian bakat muda dalam sukan bola sepak hendaklah dilakukan seawal usia mereka mencecah lima tahun.

Iklan

Ia adalah untuk memastikan legasi pemain bola sepak negara dapat diteruskan sekali gus mengharumkan nama Malaysia dalam persada sukan berkenaan sehingga peringkat lebih tinggi.

Iklan

[caption id="attachment_49398" width="400"] Datuk Kamil Mokhtar.[/caption]

Pengerusi Inter Club Football League (ICFL), Datuk Kamil Mokhtar berkata, pencarian pemain dalam akademi tersebut melibatkan semua bakat muda dari setiap pelosok negeri termasuk penganjuran kejohanan bola sepak bawah 16 tahun.

"Pihak ICFL tidak hanya memberi tumpuan kepada pemain yang boleh beraksi dalam pasukan Liga Malaysia tetapi membuka ruang dan peluang kepada pemain berbakat yang lain dalam apa jua liga yang ada," katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan

Sebagai penganjur terutamanya dalam Liga Super ICFL, Kamil telah menganjurkan pertandingan setiap tiga atau empat bulan.

Selain itu, ICFL turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Beliau yang berkecimpung dalam bidang berkenaan sejak 2018 merupakan bekas pemain Negeri Sembilan pada 1985.

"Setakat ini, kami menerima maklum balas positif dari negara jiran dan dalam perancangan bertukar-tukar pemain selama seminggu.

"Ia bakal memberi peluang kepada para pemain melancong ke luar negara sambil mempelajari ilmu dalam sukan bola sepak," ujarnya.

Buka peluang kepada bakat muda

Sebagai penganjur, Kamil pastinya membuka peluang kepada semua pemain berusia 16 tahun ke atas untuk menyertai akademinya sebagai medium untuk melatih diri menjadi pemain berkualiti.

Jelasnya, pemain bukan sahaja mendapat pendedahan berhubung ilmu pengetahuan serta latihan dalam sukan berkenaan malah diberi didikan melahirkan lebih ramai anak muda yang cemerlang dari sudut sukan dan juga akademik.

Untuk itu kali ini Kamil berkongsi tip yang perlu ada dalam diri pemain untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.

Jom kita lihat.

  1. Sentiasa bersedia

Memetik kata First Impression is Forever merujuk kepada penilaian jurulatih terhadap pemain yang menghadiri latihan dalam keadaan bersedia. Pemain yang hadir lebih awal dari waktu ditetapkan akan memberi gambaran individu itu menghargai masa.

Sebagai contoh, sekiranya latihan bermula pukul 4 petang, pemain sudah melakukan sesi pemanas badan. Selain itu, dari sudut pakaian pula, pemain hendaklah bersedia dengan kelengkapan baju jersi dan kasut bola sesuai mengikut keadaan padang. Ini kerana, pemain yang berani dan lebih menonjol serta banyak bertanya kepada jurulatih akan memberi gambaran kesungguhan untuk menjadi pemain bola sepak berjaya.

2. Sikap dan disiplin.

Perkara utama yang dilihat pada diri pemain bola sepak walaupun dia sudah dikira handal dan tangkas adalah sikap serta disiplin diri. Sikap dan disiplin amat penting dalam melatih seorang pemain yang bukan sahaja hebat dan dikenali di atas padang malah memberi imej positif di luar padang. Tanpa dua perkara tersebut, amat sukar untuk mendidik dan melatih seseorang pemain walaupun sudah berpengalaman dalam sukan bola sepak.

3. Mahir membuat keputusan.

Pemain yang mempunyai kemahiran ini boleh diibaratkan sebagai permata baharu dalam sukan bola sepak. Ia melibatkan tahap keputusan yang dibuat mengikut situasi utama (key moment) dalam sesebuah perlawanan. Antara situasi tersebut adalah, ketika memegang bola (ball possession), ketika tidak memegang bola (ball possession opponent), transisi daripada memegang bola kepada tidak dan transisi daripada tidak memegang bola kepada pegang bola. Oleh itu, setiap pemain perlu bijak mengendalikan situasi dalam apa jua perlawanan agar dapat membuat keputusan yang memberi keuntungan terhadap diri dan pasukan.

4. Semangat dalam padang (fighters of spirit)

Pemain yang bersemangat dalam padang akan membuktikan dirinya sebagai seorang berjiwa besar serta mempunyai kesanggupan luar biasa. Terdapat lima perkara yang dapat mencerminkan sifat berkenaan pada pemain iaitu ketika sesi latihan, pemain memberi komitmen, sentiasa bersemangat meningkatkan mutu permainan walaupun melakukan kesalahan, sering bertanya kepada jurutlatih serta patuh kepada arahan yang telah diberikan dan tidak mengulangi kesilapan berulang kali. Sekiranya, perkara ini ada dalam diri pemain, dia boleh digelar sebagai ‘fighter‘ dalam pasukan. Seorang ‘fighter‘ bukan bermaksud kasar dan lasak tetapi ia lebih membawa kepada perancangan dalam perlawanan yang terbaik dan memberikan 100 peratus komitmen atas padang.

Artikel berkaitan

Mahu berjaya dalam sukan bola sepak? Ini kemahiran asas yang wajib pelajar tahu

Baru 30-an, sumbangan Cikgu Tarmizi dalam bola sepak SK Bukit Mutiara membanggakan!

Guna bola reput, pakai jersi lama berlatih ragbi, tak sangka sekolah ini mampu muncul johan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok