Tingkatkan mutu sahsiah dan disiplin murid melalui Program Budaya Efisien Sahsiah Terampil

Iklan
Picture2
Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan disiplin dan tingkah laku murid sama ada di sekolah rendah mahupun menengah semakin membimbangkan.Ia disebabkan pelbagai faktor seperti kurang didikan kerohanian, pengaruh rakan sebaya, tekanan, kurang kasih sayang daripada keluarga dan impak teknologi tanpa sempadan.Cabaran berkenaan seharusnya ditangani dengan pendekatan yang baik oleh semua pihak dan usaha memulihkan tingkah laku ke arah lebih baik perlu dipergiatkan bagi melahirkan pewaris generasi gemilang di negara ini.Sehubungan itu, Program Budaya Efisien Sahsiah Terampil (BEST) telah diperkenalkan bagi memupuk amalan baik dan pembentukan sahsiah terpuji dalam kalangan murid di sekolah.Pembudayaan tingkah laku positif ini dilihat dari segenap aspek termasuk hubungan baik sesama rakan dan guru, kerjasama, tanggungjawab, aktif, kekemasan diri dan persekitaran serta rekod kehadiran penuh.[caption id="attachment_49650" width="600"] Muka hadapan buku rekod amalan baik murid.[/caption]Di samping itu, program tersebut dapat membantu meningkatkan disiplin dan motivasi murid sekali gus membina kemenjadian murid sejajar dengan aspirasi negara.Anak-anak di bangku sekolah boleh dibentuk menjadi insan yang baik sekiranya pendekatan asuhan diterapkan mempunyai elemen peneguhan jati diri dan bermotivasi.Dalam hal ini, ketegasan ibu bapa, guru dan masyarakat amat diperlukan agar murid tidak meneruskan tabiat atau amalan yang tidak baik.Tidak salah sekiranya mengikuti kemahuan murid tetapi perlu batasan dengan satu peraturan bertujuan mendidik serta membimbing mereka menjadi insan berdisiplin.Secara dasarnya, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang bertujuan merekodkan amalan baik dan salah laku disiplin murid di sekolah.Sistem pengurusan sahsiah KPM ini adalah satu usaha mementingkan amalan baik dan menggalakkan pelaksanaan nilai-nilai murni di sekolah.Di samping itu, kes salah laku disiplin seseorang murid turut direkodkan agar boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.Bagaimanapun, rekod secara dalam talian ini tidak dapat dilihat secara maujud dan terang di hadapan mata mereka.Setiap murid barangkali tidak cakna tentang perekodan amalan baik yang dilaksanakan oleh pihak guru dan hanya sedar apabila dimaklumkan secara lisan oleh para pendidik.Program BEST membolehkan murid melihat rekod amalan baik mereka di dalam buku khas dan mengamalkan sesuatu nilai murni.Ia akan dilaksanakan menerusi pemantauan guru di sekolah terhadap amalan baik dilakukan murid sepanjang waktu persekolahan.Peneguhan positif diberikan melalui cap bintang oleh guru di dalam buku khas yang telah disediakan mengikut 10 elemen ditetapkan.[caption id="attachment_49649" width="600"] Contoh cap guru dalam buku rekod amalan baik murid.[/caption]Ganjaran dalam bentuk cap ini boleh mendorong murid untuk mengulangi tingkah laku yang baik secara berulang sekali gus membantu meningkatkan mutu sahsiah murid.Kelebihan ini membawa kepada kemajuan dalam perubahan sikap dan disiplin murid di sekolah.Walaupun terdapat segelintir pihak mengatakan amalan itu boleh dibuat-buat oleh murid untuk mendapatkan cap tetapi sesuatu yang dilakukan secara berulang, lama-kelamaan akan menjadi satu budaya atau rutin yang diikuti.Guru di sekolah juga sewajarnya memberi peringatan tentang kepentingan amalan pembentukan sahsiah ini agar menjadi motivasi dan murid berjaya terampil sebagai modal insan yang berkarisma.Antara elemen utama yang diberi perhatian dalam program ini adalah seperti berikut:E1 - Sukarela membantu guruE2 - Membantu mengemas kelas / bilik khasE3 - Menyiapkan kerja / tugas sekolahE4 - Suri tauladan kepada rakanE5 - Memberi ucapan hormatE6 - Kekemasan diriE7 - Penglibatan aktif dalam kelasE8 - Sukarela melaporkan salah laku rakanE9 - Kehadiran penuh bulananE10 - Kepimpinan dan yakin diriProgram seumpama ini amat penting pada masa kini dan boleh diamalkan secara berterusan sama ada untuk murid di aliran perdana mahupun di program pendidikan khas integrasi.Amalan positif yang menjadi amalan dan budaya murid secara berterusan mampu mencapai rekod sifar kes disiplin di sekolah.Ia juga dapat membantu melonjakkan pencapaian dan potensi sekolah ke arah yang lebih baik dalam pelbagai aspek termasuk sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.Info penulisMohd Saifullah bin Abd RahimGuru Pendidikan KhasSMK Datuk Haji Abdul Wahab, Sungai Siput (U), PerakArtikel berkaitanPenilaian dan pentaksiran bilik darjah wajib dikuasai para guruAktiviti ‘tobibako’ dari Jepun mampu bentuk sahsiah dan jati diri murid sekolahPendidikan Sejarah bentuk jati diri, didik pelajar jadi generasi celik sejarah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok