PM doakan mahasiswa universiti tempatan harumkan nama negara pada kejohanan WUDC di Sepanyol

Iklan
DEBAT-WUDC-PM-SINARBESTARI-2022
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang akan menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) bermula Selasa ini di Madrid, Sepanyol.Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid, yang diserahkan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi sebelum mereka berlepas semalam."Saya turut difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini."Saya mendoakan agar anak-anak ini berjaya harumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah," katanya.WUDC bermula pada 27 Disember ini sehingga 4 Januari tahun hadapan akan berlangsung di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.Kejohanan debat berkenaan merupakan yang terbesar di dunia dan diadakan setiap tahun dalam bahasa Inggeris.Pasukan diwakili dari seluruh dunia akan bersaing menggunakan format perbahasan Parlimen British.Artikel berkaitanKepakaran pustakawan UiTM jadi rujukan SEBARU untuk mantapkan pengurusan perpustakaan sekolahPelajar autisme, Nur Arif ingin jadi pensyarah kini pelajar PhD di UIAMUMS rangkul 2 anugerah di Pertandingan Debat Antirasuah IPT

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok