220 pelajar Tingkatan 5 di Mersing, Johor sertai GIGvaganza

Iklan
220 pelajar Tingkatan 5 di Mersing, Johor sertai GIGvaganza1a8c9f7
‘GET INTO GRAMMAR’ Vaganza atau lebih dikenali sebagai GIGvaganza merupakan salah satu program yang tidak asing lagi di Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang (UMP).Ia telah melangkah setapak lagi apabila UMP Advanced (UMPA) memohon program GIGvaganza ini diteruskan di Mersing, Johor dibawah Program Yayasan PETRONAS empower ECER.Sehubungan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu, Mersing telah dipilih sebagai lokasi pertama GIGvaganza tahun ini.Seramai 220 peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah menyertai program tersebut.Mereka pelajar-pelajar dari tujuh buah sekolah di Mersing iaitu SMK Tan Sri Abdul Kadir, SMK Pai Chee, SMK Ungku Husin, SMK FELDA Tenggaroh, SMK Mersing, SMK Anjung Batu dan SMK Nitar.[caption id="attachment_50118" width="600"] Sebahagian peserta GIGvaganza yang dianjurkan di SMK Anjung Batu.[/caption]Menurut Pengarah Program, Noor Azlinda Zainal Abidin, GIGvaganza menyediakan pelbagai pengisian menarik untuk para peserta.Antaranya Flipped Learning iaitu aktiviti yang dijalankan di mana pelajar dikehendaki menonton video tentang item tatabahasa yang akan diuji melalui permainan tersebut.Bukan itu sahaja para peserta juga diminta membentangkan pemahaman mereka tentang input yang diperolehi semasa sesi pembelajaran Flipped Learning dan Doodle.Sepanjang program berlangsung, lima tenaga pengajar dari PBM, UMP iaitu Nor Suhardiliana Sahar, Shamsul Harbi, Farah Liyana Ahmad Azmey, Nur Sabrina Zafiran Mohd Jamil dan Noor Azlinda turut serta bagi memastikan program berjalan lancar.INFO