UNIMAP universiti pertama kaji bahan pembinaan kenderaan elektrik di UK.

Iklan
Untitled design

Inovasi kenderaan elektrik (EV) bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat hari ini.

Iklan
Iklan

Ini kerana industri pemotoran sudah merevolusikan teknologi kenderaan ke arah yang lebih canggih serta mesra alam.

Iklan

Sudah lebih sedekad negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah menerima penggunaan kenderaan ini bagi menggantikan kenderaan biasa yang menggunakan bahan bakar petroleum.

Iklan

Di Malaysia, penggunaan kereta elektrik sudah ada tetapi perkembangannya masih lagi dalam skala kecil kerana masih di fasa tambah baik serta penempatan fasiliti berkaitan.

Untuk itu, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) mengambil inisiatif menjalankan kajian bahan yang digunakan dalam kenderaan elektrik.

Menjadi universiti pertama yang menjalankan kajian tersebut, ia dilaksanakan oleh ahli akademik UNIMAP di makmal kajian STFC Rutherford Appleton, Oxford, United Kingdom, Fakulti Kejuruteraan Pengimejan dan Sains Bahan (IMAT).

Antara inti pati kajian ini adalah untuk mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Menurut Ketua Penyelidikya, Profesor Madya Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, penyelidikan IMAT digunakan bagi memberikan tumpuan kepada pautan lemah atau pateri dalam elektronik yang digunakan kenderaan elektrik.

"Pautan lemah ini merujuk kepada sambungan pateri di mana kami akan membina bahan pateri baru untuk digunakan dalam kenderaan elektrik.

"Namun begitu, untuk menggantikan bahan konvensional ini adalah sesuatu yang sukar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Mohd Arif, inisiatif ini adalah usahasama bersama penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia, Profesor Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah yang menghasilkan bahan jenis komposit.

"Proses pembuatan bahan jenis seramik ini hanya memerlukan suhu yang rendah namun hasilnya positif.

"Pateri komposit ini stabil walaupun dalam suhu yang tinggi seperti yang dapat dilihat dalam penggunaannya.

"Bahan ini sepatutnya lebih tahan lasak untuk beroperasi dalam kenderaan serta jangka hayatnya patut bertahan lebih lama,” ujarnya.

Yang pasti, kajian ini sejajar dengan hasrat negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di mana sektor pengangkutan adalah salah satu daripada enam sektor utama yang dinyatakan di dalam Pelan Utama Teknologi Hijau.

Artikel berkaitan

35 mahasiswa UniMAP terima komputer riba

Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika, bakal berada di sana selama 5 bulan

Penyelidik UPM bangunkan teknologi minyak masak terpakai untuk kegunaan antena


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok