25 hari PdPR, Cikgu Muhammad Rauf kongsi tip penting untuk mak ayah lakukan!

Iklan
adeb9707-a263-4fd4-8cd6-8f18520f334c
Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sehingga 16 dan 17 Julai depan.Ini bermakna, guru-guru dan murid akan melalui 25 hari PdPR bermula 13 dan 14 Jun ini mengikut kumpulan negeri masing-masing.Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Taman Tan Yew Lai, Kuala Lumpur, Cikgu Muhammad Rauf Fathi Hamid Latif menerusi akaun facebooknya, memuat perkongsian berkenaan apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sepanjang PdPR itu berlangsung."Mungkin ada kalangan ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak-anak tidak dapat menguasai asas Matematik dengan baik."Jadi di sini, saya kongsikan tip penting untuk mak ayah buat sepanjang 25 hari berPdPR,"katanya.Mari ikuti perkongsian beliau.*****25 hari PdPR, Jadual sekolah membebankan?Apapun, mungkin ini ibu bapa boleh minta anak buat:Minggu 1Hari Pertama: Hafal dan Cek Sifir 2Hari Kedua: Hafal dan Cek Sifir 3Hari Ketiga: Hafal dan Cek Sifir 4Hari Keempat: Hafal dan Cek Sifir 5Hari Kelima: Hafal dan Cek Sifir 6Hari Keenam: Hafal dan Cek Sifir 7Hari Ketujuh: Hafal dan Cek Sifir 8Minggu 2Hari Kelapan: Hafal & Cek Sifir 9Hari Kesembilan: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 5 dalam masa 4 minitHari 10: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 5 dalam masa 3 minitHari 11: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 5 dalam masa 2 minitHari 12: Minta anak tulis Sifir 6 hingga 9 dalam masa 4 minitHari 13: Minta anak tulis Sifir 6 hingga 9 dalam masa 3 minitHari 14: Minta anak tulis Sifir 6 hingga 9 dalam masa 2 minitMinggu 3Hari 15: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 9 dalam masa 5 minitHari 16: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 9 dalam masa 4 minitHari 17: Minta anak tulis Sifir 2 hingga 9 dalam masa 3 minitHari 18: Buat latihan menukar Pecahan kepada Perpuluhan, contoh 1/5 = 0.2Hari 19: Buat latihan menukar Perpuluhan kepada Pecahan, contoh 0.25 = 1/4Hari 20: Buat latihan menukar Perpuluhan kepada Peratus, contoh 0.15 = 15%Hari 21: Buat latihan menukar Peratus kepada Perpuluhan, contoh 20% = 0.2Minggu 4Hari 22: Buat latihan menukar Pecahan, Perpuluhan dan Peratus, contoh 1/4 + 0.25 + 10% = ______Hari 23: Buat latihan pertukaran unit Panjang, contoh mm ke cm, cm ke m, m ke km dan sebaliknya.Hari 24: Buat latihan pertukaran unit Jisim, contoh gram ke kilogram dan kilogram ke gramHari 25: Buat latihan pertukaran unit Isipadu Cecair, contoh liter ke milliliter dan milliliter ke literLengkap 25 Hari PdPR.Percaya cakap saya. Kalau anak kita berjaya kuasai kemahiran yang saya kongsikan ini, anak kita sudah menguasai hampir 80% kandungan pembelajaran Matematik sekolah rendah itu sendiri.Pasti anak-anak kita tak akan ketinggalan!Sumber: Facebook Muhammad Rauf Fathi