Libatkan 1,200 murid cipta memori tulis ‘MERDEKA 69’ di padang sekolah

Iklan

Bukan sekadar laungan di bibir, tetapi diterjemahkan dalam satu aksi kreatif yang cukup istimewa oleh warga Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights (SKDH) sempena Majlis Ambang Merdeka baru-baru ini.

Bayangkan hampir 1,200 murid memenuhi padang sekolah, berdiri dalam formasi yang membentuk perkataan ‘MERDEKA 69’.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, keseluruhan formasi itu dirakam dari udara menggunakan dron bagi menghasilkan sebuah rakaman kenangan yang cukup bermakna untuk warga sekolah.

Idea kreatif berkonsepkan ‘human wording’ itu dicetuskan oleh Cikgu Muhammad Juhairi Jemain, sebelum mendapat sambutan baik daripada Cikgu Nurhanis Zamshah dan Cikgu Abdul Wafi Abd Halim yang bersama-sama merealisasikan idea berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, misi menghasilkan formasi gergasi itu tidak berjalan semudah yang dirancang.

Guru-guru turut bekerjasama menyed

Iklan

Ketika hampir separuh perkataan ‘MERDE’ berjaya dibentuk, hujan tiba-tiba turun membasahi padang sekolah.

Murid-murid terpaksa dikumpulkan semula dan dibawa ke tempat berteduh atas faktor keselamatan.

Dalam keadaan itu, satu perkara cukup mencuri perhatian iaitu komitmen guru yang tidak berganjak daripada tanggungjawab mereka.

Rakan-rakan guru turun padang, membantu mengawal pergerakan murid dan memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat serta terkawal.

Selepas hujan mula reda, murid-murid kembali turun ke padang dengan bantuan serta kerjasama guru-guru, formasi ‘Merdeka 69’ berjaya dibentuk semula sekali gus merakamkan momen terindah dari udara.

Apa yang terhasil bukan sekadar sebuah rakaman menggunakan dron.

Seramai 1,200 murid terlibat 'human wording' untuk membentuk MERDEKA 69 di padang sekolah

Ia menjadi bukti bahawa kreativiti, teknologi dan semangat patriotisme mampu digabungkan dalam satu aktiviti yang menyeronokkan serta meninggalkan kenangan bermakna buat warga sekolah.

Lebih daripada itu, human wording ‘MERDEKA 69’ menjadi simbol sebuah perjalanan yang penuh dengan idea, kerjasama, kesabaran, ketekunan dan semangat untuk tidak mudah menyerah walaupun berdepan cabaran.

Kerana bagi warga SKDH, hujan mungkin menghentikan langkah buat seketika, tetapi semangat untuk menyambut kemerdekaan tetap menyala.