Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, cara pembelajaran dalam kelas di pelbagai peringkat pendidikan menunjukkan perubahan yang sangat drastis.
Apabila terciptanya banyak kemudahan teknologi yang begitu canggih seperti gajet dan kemudahan lain, teknologi tersebut dapat membantu dari segi kemudahan dalam pembelajaran kepada pelajar semasa keberlangsungan kelas.
Sejajar dengan era globalisasi ini, kewujudan kemudahan teknologi dalam kehidupan manusia mencetuskan idea dalam sektor pendidikan dengan memperkenalkan cara pembelajaran baharu kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat iaitu ‘Pendidikan Rintis Hibrid’ atau model pembelajaran hibrid iaitu gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka.
Hal ini kerana pembelajaran pelajar mestilah selaras dengan peredaran zaman dengan membuat model pembelajaran hibrid yang lebih fleksibel untuk kebaikan pada masa yang akan datang.
Perkara tersebut dapat memajukan negara supaya tidak dipandang rendah kerana tidak mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan terutamanya dalam sektor pendidikan.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum bahawa Pendidikan rintis hibrid merujuk kepada pendekatan pembelajaran yang menggabungkan elemen-elemen pembelajaran dalam talian ataupun secara ‘online’ (dalam rangkaian) dengan pengajaran secara bersemuka dalam kelas teknologi pendidikan moden atau inovatif.
Hal ini kerana ia menggabungkan dua kaedah pembelajaran 'dalam talian' atau rangkaian dalam talian seperti fleksibiliti dan kebolehcapaian dengan interaksi langsung pengajaran bersemuka untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan interaktif, seterusnya boleh bertindak balas terhadap pembangunan pendidikan.
Pendekatan ini membolehkan pelajar dapat memanfaatkan teknologi dengan lebih efektif dalam pembelajaran yang dilakukan secara bersemuka semasa pengajaran dalam kelas, bahkan perkara ini untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran secara menyeluruh.
Pendidikan rintis hibrid mempunyai beberapa ciri utama yang meliputi gabungan sesi pembelajaran bersemuka dengan penggunaan platform pembelajaran secara dalam talian seperti video pembelajaran, forum perbincangan secara ‘online’ atau menggunakan aplikasi tertentu dalam pembelajaran.
Seterusnya, penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran iaitu dengan mengaplikasikan teknologi seperti perisian pembelajaran interaktif, persidangan video, aplikasi mudah alih atau media pembelajaran lain untuk meningkatkan penglibatan dan pemahaman pelajar.
Dalam pendidikan rintis hibrid dapat fleksibiliti terhadap masa dan tempat kerana membolehkan pelajar belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui akses kepada kandungan pembelajaran dalam talian, tetapi masih mengekalkan interaksi dan arahan daripada guru atau fasilitator.
Selain itu, mempunyai penilaian yang pelbagai dengan menggunakan pelbagai kaedah penilaian, termasuk peperiksaan dalam talian, tugasan projek, perbincangan dalam talian dan penilaian berasaskan prestasi untuk menilai pemahaman dan kemajuan pelajar.
Pendidikan hibrid
Permulaan pendidikan hibrid menawarkan peluang untuk memaksimumkan potensi teknologi dalam pendidikan sambil mengekalkan interaksi dan bimbingan manusia.
Ini juga membolehkan penyesuaian kepada gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan membolehkan pendidikan menjadi lebih inklusif dan berpatutan.
Pada zaman digital ini, peranan teknologi dalam transformasi pendidikan untuk mendalami dampak teknologi terhadap transformasi sistem pendidikan, termasuk bagaimana teknologi dapat meningkatkan aksesibilitas dan kualitas pendidikan.
Teknologi memainkan peranan penting dalam pendidikan rintis hibrid dengan menyediakan peralatan pembelajaran seperti TV pintar, skrin layar, dan alat peranti.
Dalam hal ini, peruntukan kewangan yang besar diperlukan daripada pihak kerajaan terutama untuk penyediaan peralatan pembelajaran ini, termasuk TV pintar, skrin layar, dan alat peranti.
Selain itu, teknologi juga mencakup hardware seperti alat audio visual, televisi, dan peralatan keterampilan, yang semuanya berperan dalam memperbaiki proses pembelajaran.
Dalam konteks projek rintis kelas hibrid, pendekatan sewa guna bagi perolehan komputer riba dan peranti teknologi lain juga diperkenalkan untuk kegunaan sekolah.
Oleh karena itu, teknologi memberikan landasan yang kuat untuk memperkaya pengalaman pembelajaran dalam pendidikan rintis hibrid.
Bukan itu sahaja, Akses Internet berasaskaan ‘Software-Defined Networking’-’Wide Area Network (SD-WAN dan teknologi ‘Land Area Network’ (LAN) memainkan peranan penting.
Hal ini untuk memastikan kelajuan dan kestabilan sambungan internet yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang cekap.
Bilik kolej yang terlibat dengan kelas hibrid juga akan mempunyai sambungan internet yang lebih baik untuk membolehkan PdP yang lebih cekap.
Selain itu, penggunaan platform pendidikan seperti Google Education Learning dan sebagainya juga boleh dimanfaatkan untuk mengakses sumber pembelajaran dan menyertai aktiviti PdP.
Penggunaan teknologi maklumat seperti telefon pintar atau komputer juga dapat meningkatkan kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran dan berinteraksi dalam persekitaran pembelajaran.
Oleh itu, teknologi digital dengan capaian internet berasaskan teknologi (SD-WAN) dan (LAN) menyediakan asas yang kukuh untuk memperkaya pengalaman pembelajaran dalam pendidikan perintis hibrid.
Di samping itu, penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran, serta mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan untuk memenuhi objektif pembelajaran abad ke-21.
Dalam konteks projek rintis kelas hibrid, pendekatan sewa guna bagi perolehan komputer riba dan peranti teknologi lain juga diperkenalkan untuk kegunaan sekolah.
Tingkat kreativiti dan inovasi guru
Penggabungan teknologi dalam pembelajaran hibrid memberikan banyak keuntungan iaitu dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi guru.
Projek pendidikan rintis bilik darjah hibrid dijangka dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan kreativiti dan inovasi guru, di samping perkongsian pintar pengajaran dan pembelajaran.
Dalam model pembelajaran inovatif, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang memfokuskan aktiviti pembelajaran kepada pelajar, supaya pelajar lebih terlibat dalam pelbagai aktiviti yang memerlukan kerjasama dan perbincangan.
Sehubungan dengan itu, dapat meningkatan kecekapan dan penglibatan pelajar.
Model pembelajaran inovatif memfokuskan aktiviti pembelajaran lebih kepada pelajar berbanding guru, supaya pelajar boleh lebih terlibat dalam pelbagai aktiviti yang memerlukan kerjasama dan perbincangan.
Hal ini dapat menjadikan pelajar lebih aktif dalam aktiviti kelas, supaya pelajar tidak lagi hanya mendengar secara pasif kepada guru.
Lantaran itu, pendidikan rintis hibrid mampu untuk menajamkan keupayaan menyelesaikan masalah. Keupayaan untuk menyelesaikan masalah adalah salah satu kemahiran insaniah yang paling diperlukan di tempat kerja.
Dalam pembelajaran hibrid, guru boleh menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menggalakkan kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri pelajar, seperti melalui aktiviti pembelajaran berasaskan inkuiri, di mana pelajar mencari jawapan kepada masalah dan membangunkan kemahiran berfikir kritis.
Secara keseluruhannya, penggabungan teknologi dalam pendidikan perintis hibrid telah memberi impak positif yang ketara.
Walaupun terdapat banyak faedah yang ditawarkan oleh pendidikan hibrid dengan teknologi, terdapat juga beberapa cabaran seperti jurang akses teknologi, kekurangan sambungan internet yang stabil dan cabaran teknikal yang lain yang perlu diatasi untuk memastikan semua pelajar dapat mengeksploitasi sepenuhnya potensi model pendidikan ini.
Oleh itu, melaksanakan pendidikan rintis hibrid mempunyai potensi besar memerlukan perancangan yang teliti, akses yang mencukupi kepada teknologi, sokongan daripada institusi pendidikan dan latihan untuk pendidik untuk memaksimumkan faedah pendekatan ini.
Maklumat Penulis
1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Zulhakim Jamal
2) Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my