Angpow KISS pecutan akhir SPM SMK Kinarut

Iklan
Cikgu Abye (empat dari kiri) sewaktu menunjukkan kaedah Angpow Modul KISS bagi subjek Sains Teras.

Ingin melihat pelajar berjaya menjawab soalan kertas Sains Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023, membuatkan seorang guru di Papar, Sabah menghasilkan Angpow Modul KISS.

Sabariah Hakim yang mesra dipanggil Cikgu Abye berkata, modul itu terhasil bagi membantu pelajar yang mengambil subjek Sains Teras SPM untuk menguasai teknik menjawab Kemahiran Proses Sains (KPS) yang ada dalam bahagian A kertas 2 Sains.

Iklan
Iklan

"KISS itu bermaksud 'Sains Itu Sangat Senang'. Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, saya terus memanggilnya sebagai Angpow Modul KISS yang membawa maksud hadiah kepada calon-calon SPM 2023 ini," katanya kepada Sinar Bestari.

Beliau berkata demikian selepas berkongsi gambar mengenai bengkel teknik menjawab peperiksaan SPM 2023 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, Papar baru-baru ini.

Angpow Modul KISS.

Iklan

Sementara itu, kongsi Cikgu Abye, modul yang disediakannya menggunakan kaedah warna OM (Pembolehubah DiManipulasikan), BIG (Pembolehubah BerGERAKBALAS), HIMA (Pembolehubah diMalarkan).

"Saya percaya calon-calon SPM 2023 ini masih mempunyai masa untuk mereka mengulang kaji dan mengingati segala formula yang akan digunapakai untuk bahagian A kertas 2 Sains pada 19 Februari ini," kata Guru Ikon Inovatif PPD Papar berkenaan.

Iklan

Cikgu Abye juga mengharapkan calon SPM 2023 yang akan menjawab soalan bertulis Sains Teras nanti mampu mengaplikasikan teknik menjawab yang terdapat dalam Modul KISS seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.