Jambatan jadi transit murid Pulau Berhala

Iklan
Norima Narin menyuap makanan pada anaknya Norasrima Dilso, 7, di atas jejantas sementara menunggu sesi persekolahan sebelah petang bermula. (Foto Bernama)

Hari pertama sesi persekolahan 2024/2025 semestinya mengukir sejuta cerita membabitkan pelajar, guru mahupun ibu bapa.

Lain pula kisah membabitkan murid-murid dari Pulau Berhala, Sandakan di Sabah apabila terpaksa menjadikan jejantas sebagai transit sebelum meneruskan sesi persekolahan pada waktu petang.

Iklan
Iklan

Sebahagian kaum wanita menyiapkan kelengkapan anak-anak di atas jejantas sebelum mereka memulakan hari pertama sesi persekolahan di SK Tanjung Papat 1 dan SK Tanjung Papat 2. (Foto Bernama)

Difahamkan murid-murid berkenaan dari Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan Sri Tanjung Papas 2 itu ditemani ibu mereka sejak awal pagi lagi.

Iklan
Iklan

Situasi itu berlaku disebabkan masalah bot penambang dari pulau berkenaan.