Jepun tawar peluang pekerjaan kepada graduan politeknik

Iklan
Dari kiri: Takano dan Kitae.

Graduan politeknik berpotensi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh syarikat-syarikat milik Jepun yang beroperasi di negara ini.

Menurut Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO), Koichi Takano, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi tumpuan Jepun ketika ini dan ingin melihat bagaimana politeknik mampu memenuhi keperluan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan. Saya melihat banyak peluang bagi kedua-dua pihak untuk mengadakan kerjasama pada masa akan datang.

"PSA (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) adalah institusi yang flaksibel untuk berkerjasama dengan syarikat-yarikat Jepun dan saya harap kita boleh menyokong usaha ini," ujarnya yang ditemui selepas mengadakan kunjungan ke PSA di Shah Alam pada Khamis.

Iklan

Bagi Ketua Pegawai Penyelaras Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM), Kazuya Kitae, PSA merupakan politeknik pertama yang dikunjungi bagi melihat potensinya sebagai penyumbang bakal tenaga kerja yang diperlukan.

"Ketika ini terdapat lebih 1,600 syarikat milik Jepun yang beroperasi di Malaysia.

Iklan

"Cabaran utama bagi syarikat-syarikat ini adalah mendapatkan tenaga kerja separa profesional dan profesional," katanya.

Delegasi dibawa melawat Rumah Tim Tech iaitu rumah kayu..

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts. Dr Ahmad Aftas Azman berkata, PSA menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap dapat menjalinkan hubungan yang baik khususnya antara JACTIM dan PSA.

"Kita melihat potensi untuk mengadakan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi tujuan perpindahan ilmu dan kepakaran dalam teknologi industri terkini dengan menerima pensyarah dan pelajar PSA selain dapat menerima pelajar PSA sebagai pelatih industri dan terus diserap sebagai pekerja mahir," katanya.

Turut hadir Pengarah Urusan Canon Machinery (Malaysia) Sdn Bhd, Atsushi Tsuchikawa; Pengarah Eksekutif M MORITA Management Sdn Bhd, Misao Morita; Pengarah Urusan IHI Power System Emi Ohno, Penasihat Pengambilan Reeracoen Malaysia, Daisuke Fukuda serta pegawai dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Terdahulu delegasi dibawa melawat ke Centre for Medical Electronic Technology (CMET), PSA yang merupakan pusat rujukan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang elektronik perubatan dan Rumah Tim Tech iaitu rumah kayu yang dibina menggunakan konsep Industrialise Building System (IBS).