Babak dua murid bantu rakan istimewa cerminan persahabatan!

Iklan
Terima kasih sahabat untuk segala perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan kepada rakan istimewa mereka.

"Hendak menangis tengok gambar ini. Tiba-tiba hati menjadi sebak. Semoga membesar terus menjadi insan yang baik dan berjasa ya sayang!”

"Semoga ALLAH pelihara adik-adik ini, bersikap baik hingga dewasa dan sentiasa berjumpa kawan-kawan yang baik (jauh dari sikap buli).”

Iklan
Iklan

"Persahabatan kanak-kanak adalah persahabatan yang ikhlas.”

Demikian komen warga maya yang sebak kala melihat keprihatinan dua sahabat dalam membantu rakan mereka membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.

Iklan

Gambar yang dipetik menerusi Facebook Sylvester dikatakan dirakam sendiri oleh pemilik akaun itu ketika murid-murid tersebut berada di sekolah.

Difahamkan, Sylvester, seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kapit, Sarawak merakam situasi berkenaan selepas waktu rehat ketika beliau menuju ke kelas.

Iklan

Jom selami catatan ikhlas Cikgu Sylvester mengenai persahabatan luar biasa anak-anak muridnya.

*****

"Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas, saya terserempak dengan tiga sahabat ini.

Mereka merupakan murid Tahun Satu dan dua daripadanya membantu seorang rakan (dikenali sebagai J) membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.

Murid J ini sememangnya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tidak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan lampin pakai buang (pampers).

Tapi mungkin hari ini dia tidak memakai pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (agak slow). Tapi yang membuatkan saya bangga, dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengannya.

Bahkan kadang-kadang, kawan-kawan dia sanggup menolong dia beratur untuk ambilkan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di kantin sekolah.

Dia (J) juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.

Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepadanya walaupun mereka masih di usia 7 tahun.

Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dh siap.

Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang,” demikian pengakhiran catatan Cikgu Sylvester.