Rupa-rupanya, arwah sering berkongsi hantaran Naib Canselor UPSI

Iklan
Perkongsian arwah di hantaran Facebooknya pada tahun 2021, mengundang sebak warga maya.

Graduan pintar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, sering memuat naik hantaran di laman Facebooknya mengenai kenyataan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Kenyataan seperti ‘Pengambilan guru baharu: KPM diharap utamakan graduan ISMP, IPH’ dan ‘Aspirasi Naib Canselor 2021’ telah dilihat menerusi hantaran arwah pada 21 Jun 2021.

Iklan
Iklan

Memetik perkongsian pengguna Facebook dikenali Arda, Nur Farah Kartini sering berkongsi maklumat mengenai Naib Canselor mereka.

Pada Rabu, UPSI telah menyalurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini merangkumi kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim, Perak.

Iklan

Menurut Md Amin, pemberian bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban keluarga Allahyarham khususnya dalam menyelesaikan urusan dengan pelbagai pihak.

"Kami menyediakan kemudahan bagi memudahkan urusan ke hospital, balai polis, mahkamah dan sebagainya.

Iklan

"Selain itu, universiti turut menyediakan beberapa bas bagi petugas dan pelajar yang ingin mengiringi jenazah ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan serta sokongan kepada Allahyarham," katanya.