'Sayu rasa hati mendengar kisah kanak-kanak Orang Asli meninggal dunia' - Warga SK Kg Senta sebak!

Iklan
Nuraina Humaira meninggal dunia dalam usia yang baru ingin mengenal dunia.

Kematian murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, Nuraina Humaira Rosli ditangisi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dalam usianya yang baru menjangkau 10 tahun, kanak-kanak perempuan Orang Asli itu disyaki dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dijumpai di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Turut bersedih dengan tragedi tersebut adalah SK Kampung Senta, Bidor, Perak iaitu salah sebuah sekolah rendah Orang Asli yang terletak dalam mukir Bidor dan daerah Batang Padang.

"Sayu rasa hati bila mendapat perkhabaran kanak-kanak Orang Asli dari Kampung Bersah, Pos Kuala Mu yang hilang sejak Jumaat petang ditemui meninggal dunia pada Sabtu petang, 17 Ogos 2024.

Iklan

"Semoga arwah adik Nuraina Humaira ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan semoga keluarga arwah tabah dan kuat menempuhi dugaan ini,” tulis admin bagi Facebook SK KG Senta Bidor.

Untuk rekod, SK Kampung Senta dahulunya dikenali sebagai SK Pos Senta.

Iklan

Sekolah ini diwujudkan dan ditadbir oleh Penghulu iaitu Ali Kincong satu ketika dahulu.

Lokasi bagi sekolah ini terletak lebih kurang 15 kilometer jauhnya dari pekan Bidor.

Murid-muridnya pula terdiri daripada kanak-kanak dalam perkampungan Orang Asli pedalaman.

SK Kampung Senta memupuk nilai-nilai pendidikan kepada anak-anak didiknya dalam tiga aspek utama iaitu kurikulum, sahsiah dan rohani serta kokurikulum.