Ustazah Fauziah maut dalam perjalanan ke sekolah, PPID Kluang hilang satu permata

Iklan

Gugurnya sebuah permata menghadap Ilahi apabila kita dikejutkan dengan pemergian seorang ustazah yang juga merupakan Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Agama Bandar Renggam, Johor.

Ustazah Fauziah Selamat dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di mana kenderaan dipandunya terbabas lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan dipercayai ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Iklan
Iklan

Akibat daripada kemalangan itu, Ustazah Fauziah mengalami kecederaan parah di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan perkhabaran sedih itu juga, telah tular di media sosial gambar dan video saat Allahyarham dibisikkan dua kalimah syahadah oleh orang awam ketika tersepit di tempat duduknya.

Iklan

Lebih menyayat hati, ramai warga guru dan ibu bapa meluahkan rasa sedih atas pemergian yang tidak disangka ini apatah lagi Allahyarham merupakan seorang ustazah yang tidak pernah lelah dalam mengajar anak-anak mengaji.

Antara luahan yang sempat dipetik:

Iklan

"Innalillah wa inna ilahi roji’un. Ustazah Fauziah ajar saya mengaji. Terkejut dapat berita ini. Arwah duduk depan rumah saya sunyi sepi terus rumahnya,” tulis Nor Hasnah Johari.

"Innalillah. Akak sayang awak Gee,” tulis Azmi Khalijah.

"Innalillah. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan bersama para solihin,” tulis Mpjd Assubhi Sidon.

"Al-Fatihah. Semoga syurga tempatmu anakanda. Guru yang terbaik di PPID Kluang.” tulis Sugimah Zakaria.

Dalam pada itu, Pejabat Pendidikan Islam Kluang Johor turut meluahkan rasa sedih di atas pemergian Ustazah Fauziah.

"Salam takziah buat ahli keluarganya, semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.” tulisnya.