Pemandu mabuk langgar murid Tahun 5 hingga patah jari kaki direman!

Iklan
Tangkap layar laporan portal Sinar Bestari pada Jumaat.

Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan pada Khamis.

Ketua Polis Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira pukul 7.10 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berumur 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, semasa pelajar sekolah itu melintas jalan ke sekolah, pemandu kereta gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar pelajar berkenaan.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, pelajar tersebut mengalami kecederaan patah pada ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata polis telah menahan pemandu berkenaan, dan ujian saringan alkohol menunjukkan bacaan alkohol sebanyak 203mg alkohol/100ml darah, yang melebihi had 153mg alkohol/100ml darah.

Iklan

Maslan berkata, pemandu itu direman selama tiga hari bermula semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 44 (14) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama