Murid SK Sungai Buri raih emas di Kejohanan Olahraga MSSM! 'Valarya harumkan nama Sarawak. Saya cukup bangga dengan dia' - Jurulatih

Iklan
Valarya meraih pingat emas selepas melakukan lompatan sejauh 4.77 meter dalam acara lompat jauh kategori perempuan bawah 12 tahun. Gambar kiri: Darrel Jacob (jurulatih) bangga dengan pencapaian anak didiknya.

Nama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buri, Bakong, Miri, Sarawak tiba-tiba menjadi popular apabila salah seorang murid perempuannya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-64 Tahun 2024 di Stadium Perak, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Valarya Ambung Herry Kapi meraih pingat emas selepas melakukan lompatan sejauh 4.77 meter dalam acara lompat jauh kategori perempuan bawah 12 tahun.

Iklan
Iklan

Kejayaan diperoleh Valarya itu secara tidak langsung telah mengharumkan nama Sarawak kerana dia satu-satunya atlet yang berjaya merangkul emas dalam kejohanan tersebut.

Pencapaiannya jelas membuktikan bahawa usaha gigih dan semangat juang mampu mengatasi cabaran tanpa mengira latar belakang dan di mana dia bersekolah.

Iklan

Sementara itu, jurulatih, Darrel Jacob Paul Awan melahirkan kegembiraan dan rasa bangganya terhadap pencapaian Valarya.

"Finally. All the hard work paid off. Dengan rendah diri saya menumpang nama sebagai jurulatih dan amat berbangga dengan pencapaian atlet ini.

Iklan

"Disebabkan minat, segala penat lelah selama ini telah menghasilkan keputusan yang sangat membanggakan.

"2014-2024 menceburi dalam bidang kejurulatihan (jurulatih kampung), inilah salah satu keputusan yang manis sebagai kenangan.

"Dan inilah atlet yang telah mendapat emas dalam acara lompat jauh peringkat kebangsaan dan pastinya bukan atlet yang terakhir. Akan ada lagi bakat baru yang timbul di masa akan datang selagi minat itu masih ada. Simpan di sini sebagai pembakar semangat bila minat itu mula pudar,” tulisnya di Facebook.

Untuk info, Kejohanan Olahraga MSSM Kali Ke-64 2024 disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Kejohanan olahraga berprestij itu disertai 16 kontinjen negeri dari seluruh negara.

Ia melibatkan penyertaan seramai 1,440 atlet murid yang bertanding dalam 90 acara.