SPM 2024: Warna-warni hari pertama peperiksaan bertulis

Iklan
Tanggal 2 Disember 2025 adalah tarikh keramat buat kesemua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Walaupun seluruh dunia masih meraikan tahun baharu, namun kira-kira 402,000 orang para pejuang ini tetap teguh bertarung di medan pertempuran bagi menjawab peperiksaan bertulis yang dijangka tamat pada Februari nanti.

Pada hari pertama peperiksaan bertulis ini juga, ada yang hadir ke dewan peperiksaan dalam keadaan bertongkat, menaiki kerusi roda kerana terlibat kemalangan atau jatuh sakit.

Tidak ketinggalan ragam pelajar yang menyentuh hati tatkala melihat kesungguhan mereka memohon restu para guru dan ibu bapa sebelum memulakan langkah ke dewan peperiksaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sewaktu sidang media di Putrajaya berkata, pperatusan kehadiran keseluruhan calon SPM 2024 mencecah 97 peratus setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih dalam proses mengemas kini memandangkan terdapat kira-kira 10,000 calon belum mengesahkan kehadiran.

Fadhlina berkata lagi, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan; Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi serta pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah turun ke lapangan untuk memastikan kesiapsiagaan serta menjaga kebajikan calon termasuk yang menduduki peperiksaan di hospital dan pusat tahanan.

Rakan-rakan (tengah) turut membantu menolak Mohd Adam di atas kerusi roda untuk ke dewan peperiksaan. (FOTO SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID)
Iklan
Iklan


Di KELANTAN, seorang calon SPM terpaksa menduduki peperiksaan dalam kesakitan akibat pergelangan kaki kanan patah kerana terjatuh tangga di rumahnya seminggu lalu.

Bahkan Mohd Adam Mukhriz Rosdi, 17, juga sebelum ini berdepan masalah besar apabila rumah keluarganya di Kampung Kedap ditenggelami banjir pada gelombang pertama Monson Timur Laut sehingga menyebabkan dia dan keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara selama tiga hari."Banyak ujian untuk berdepan SPM. Sebelum ini rumah banjir dan minggu lalu pula terjatuh tangga.

"Akibatnya, saya berkerusi roda untuk datang sekolah untuk ambil peperiksaan tetapi masih sempat membaca sedikit nota ulang kaji awal pagi tadi sebagai persiapan akhir,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang di sini pada Khamis.

Kawasan SMUA Al-Falah, Rantau Panjang masih digenangi banjir pada hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2024.
Iklan
Iklan


Sementara itu, semangat untuk menjawab peperiksaan SPM tidak luntur bagi 48 calon dari Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Falah, Pasir Mas, biarpun sekolah mereka masih digenangi banjir.

Bagi mereka, peperiksaan bertulis SPM yang bermula hari ini dijalani dalam keadaan biasa seperti mana sekolah-sekolah lain dan tidak menjejaskan tumpuan mereka untuk menjawab soalan.

Calon SPM Nurul Asma Muhd Razali, 17, berkata banjir tidak mengganggu emosinya kerana kawasan itu dinaiki air setiap tahun.

"Kami di sini sudah terbiasa dengan kejadian banjir, jadi ia bukan masalah besar kerana kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

"Lagipun menjalani peperiksaan di sekolah sendiri rasanya lebih selesa berbanding ke sekolah lain," katanya.

Nurul Asma berkata cuaca cerah sejak beberapa hari lepas turut memberi kelegaan kepadanya kerana paras air di sekolah semakin menurun.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada 11 beradik itu menyatakan dia bersama calon lain sebelum ini menduduki ujian mendengar di sekolah lain berikutan paras air di sekolah mereka lebih satu meter.

Ismail beramah mesra dengan calon sebaik selesai Peperiksaan Bertulis SPM Kertas 1 Bahasa Melayu di SMK Mahang pada Khamis.


Di KEDAH, seramai lapan calon SPM 2024 terpaksa menduduki peperiksaan di lima buah hospital di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, kesemua mereka ditempatkan di hospital akibat pelbagai masalah kesihatan.

Menurutnya, empat calon ditempatkan di Hospital Jitra, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim manakala empat lagi calon menduduki SPM di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

"Jumlah keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan SPM di Kedah pada tahun ini seramai 28,944 orang di 264 pusat peperiksaan. Daripada jumlah ini, seramai 1,120 calon persendirian turut menduduki ujian bertulis bermula hari ini (Khamis).

"Selain itu, bilangan calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) pula adalah seramai 71 orang membabitkan pelbagai kategori," katanya.

Putra (empat dari kanan) ketika meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu Kuala Klawang di sini pada Khamis.


Di NEGERI SEMBILAN, dua calon persendirian berusia lebih 60 tahun antara 16,929 yang menduduki peperiksaan SPM 2024 tahun ini.

Dua calon persendirian berkenaan iaitu Abdul Kadir Tapre, 63, mendaftar untuk tujuh mata pelajaran sementara Johan Hamzah, 62, mendaftar tiga mata pelajaran dengan masing-masing mengambil kertas peperiksaan di Pusat SM Summit 2 di Seremban.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Penjabat Pendidikan Daerah, Putra Hashim berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan itu, ia menunjukkan peningkatan 952 calon atau 6.0 peratus berbanding 15,977 calon SPM 2023.

"Peperiksaan SPM 2024 di Negeri Sembilan berlangsung di 145 pusat peperiksaan membabitkan seramai 901 petugas peperiksaan.

"Daripada keseluruhan calon SPM, seramai 14,824 adalah pelajar sekolah kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA (412), sekolah kerajaan negeri (53), sekolah swasta (755), calon persendirian (804) dan Sekolah Agama Rakyat (81)," katanya.

Azman (berdiri empat, kanan) beramah mesra bersama calon-calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat. Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad (berdiri lima, kanan).


Di JOHOR, peperiksaan SPM bagi subjek Bahasa Inggeris serta Tasawwur Islam pada Isnin depan di Johor tetap berjalan seperti biasa meskipun pada tarikh tersebut diumumkan sebagai cuti kelepasan am.

Azman berkata, seramai 49,980 calon di negeri ini akan menduduki kertas peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada tarikh tersebut.

"Kerajaan Johor telah mengumumkan Isnin depan sebagai cuti kelepasan am susulan pertukaran pelaksanaan cuti hujung minggu di negeri kepada Sabtu Ahad bermula tahun ini.

"Oleh itu KPM telah melaksanakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan peperiksaan SPM pada Isnin depan berjalan seperti biasa. Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan," katanya.