Monsun Timur Laut berpotensi ancam ekonomi pantai timur

Iklan
Keadaan MTL yang melanda Semenanjung Malaysia sejak awal November dijangka terus memberi impak besar kepada sektor ekonomi di pantai timur terutamanya di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang. Gambar kecil: Nur Ain Afifah (atas) dan Jaharudin (bawah).

Monsun Timur Laut (MTL) yang juga dikenali sebagai monsun musim sejuk merupakan fenomena cuaca yang berlaku di kawasan Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Brunei dan sebahagian Indonesia.

Fenomena ini kebiasaannya berlaku pada musim hujan yang biasanya bermula sekitar November hingga Mac setiap tahun.

Iklan
Iklan

Keadaan MTL yang melanda Semenanjung Malaysia sejak awal November dijangka terus memberi impak besar kepada sektor ekonomi di pantai timur terutamanya di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Fenomena cuaca ini yang membawa hujan lebat, angin kencang dan banjir akibat hujan lebat yang berterusan mampu menimbulkan risiko terhadap sektor pertanian, sektor perikanan serta sektor pelancongan yang merupakan punca pendapatan utama di negeri-negeri tersebut.

Iklan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), MTL kali ini dijangka lebih kuat daripada tahun-tahun sebelumnya di mana ia berpotensi menyebabkan banjir besar yang boleh mengganggu aktiviti ekonomi di sepanjang pesisir pantai timur.

Kejadian banjir di pantai timur tidak asing lagi di mana ia sering berlaku pada setiap tahun.

Iklan

Hal ini telah menimbulkan kegusaran banyak pihak terutamanya nelayan, petani, pengusaha dan penduduk tempatan di mana pada musim monsun ini ia mampu menjejaskan sumber pendapatan mereka seperti menjejaskan hasil pertanian, perikanan dan infrastruktur jalan raya yang sangat penting sebagai laluan untuk ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya.

Ini mampu memberi tekanan kepada ekonomi rakyat yang bergantung sepenuhnya kepada sektor-sektor ini bahkan mampu menjejaskan ekonomi negeri juga.

Ancaman ekonomi terhadap sektor pertanian

Sektor pertanian adalah salah satu sektor yang paling terkesan dengan cuaca buruk monsun ini.

Para petani di negeri-negeri pantai timur sering menghadapi kesukaran untuk meneruskan aktiviti pertanian mereka akibat banjir yang melanda kawasan tanaman seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Di samping itu, terdapat beberapa faktor yang mampu menjejaskan hasil tanaman akibat daripada fenomena monsoon timur laut ini.

Antaranya ialah faktor banjir dimana monsun ini sering menyebabkan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.

Banjir boleh merosakkan tanaman yang sedang membesar, menyebabkan kerosakan fizikal kepada pokok dan merosakkan hasil pertanian yang telah dituai.

Tanaman seperti padi, kelapa sawit, dan sayuran boleh rosak atau terjejas teruk.

Hal ini juga memberi impak kepada tanaman seperti mampu meningkatkan risiko penyakit tanaman di mana ia boleh mengurangkan hasil tuaian.

Selain itu, MTL juga boleh memberi kesan buruk kepada infrastruktur pertanian seperti pagar, sistem pengairan dan stor simpanan hasil tanaman.

Banjir yang melanda kawasan pertanian boleh merosakkan ladang dan mampu menelan kos yang banyak bagi kerja-kerja pemulihan ladang dilaksankan.

Oleh yang demikian, ia mampu menjejaskan ekonomi petani dan juga negeri di mana pengeluaran hasil pertanian tidak dapat dijana.

Ancaman ekonomi terhadap sektor perikanan

Sektor perikanan merupakan antara sektor utama yang terjejas akibat MTL.

Ombak besar dan angin kuat menyebabkan para nelayan tidak dapat keluar ke laut untuk menangkap ikan.

Umumnya, negeri-negeri di pantai timur khususnya Terengganu terkenal dengan pengeluaran hasil laut yang banyak dan ramai nelayan bergantung sumber pendapatannya dengan hasil lautan berikut.

Akibat daripada MTL ini, ia memberi ancaman kepada ekonomi sektor perikanan dan turut mempengaruhi pasaran hasil laut di pantai timur.

Beberapa pengusaha ikan di negeri-negeri seperti Terengganu melaporkan kekurangan bekalan ikan segar sekali gus mendorong harga ikan untuk naik secara mendadak.

Banjir dan ombak besar yang mengganas mengakibatkan para nelayan tidak dapat keluar ke laut.

Hasil tangkapan juga sangat terhad dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga ikan bagi menampung kos hidup yang semakin tinggi.

Ancaman ekonomi terhadap industri pelancongan

Sektor pelancongan, yang turut menjadi nadi ekonomi bagi banyak destinasi pelancongan di pantai timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan, juga tidak terkecuali daripada kesan buruk musim monsun.

Tempoh hujan yang berlarutan menyebabkan ramai pelancong membatalkan rancangan mereka untuk bercuti ke kawasan pantai timur terutamanya destinasi popular seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pantai Cherating.

Hal ini telah menjadi keguasaran bagi pengusaha hotel dan resort di pantai timur dimana mereka melaporkan terdapat penurunan yang ketara dalam tempahan bilik sepanjang musim tengkujuh ini.

Musim monson ini bukan sahaja memberi kegusaran bagi pengusaha industri pelancongan bahkan para pelancong juga gusar dan khawatir akan keselamatan mereka.

Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka khuatir sekiranya mereka tidak merancang pelanocngan mereka dengan baik maka mereka akan tersekat akibat banjir dan banyak aktiviti-aktiviti pelancongan tidak dapat dilakukan seperti snorkelling di pulau serta melawat tempat-tempat yang menarik dinegeri yang ingin dikungjungi terbabit.

Langkah pengurusan bencana

Oleh yang demikian, kerajaan perlu mengambil serta meningkatkan langkah pengurusan bencana bagi mengatasi potensi ancaman ekonomi terhadap negeri-negeri di Pantai Timur akibat daripada fenomena MTL ini.

Bagi menghadapi musim monsun yang semakin teruk, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah mengambil beberapa langkah proaktif, antaranya dengan memperkenalkan program bantuan kepada mangsa banjir dan menaik taraf sistem amaran awal.

Selain itu, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada pemulihan infrastruktur yang terjejas serta memberi bantuan kewangan kepada petani dan nelayan yang tidak dapat mencari nafkah akibat cuaca buruk.

Kesimpulannya, dengan ancaman cuaca yang semakin tidak menentu ini, ekonomi pantai timur Malaysia dijangka terus berdepan cabaran besar.

Namun dengan adanya kerjasama antara rakyat dan kerajaan maka kesan buruk dari ancaman bencana ini dapat diatasi dengan baik sekali gus mampu mempertingkatkan ekonomi rakyat dan juga negeri.

Maklumat Penulis:

1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nur Ain Afifah Saari

2) Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial & Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (ECO4373), UMT, Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my