Majlis Ihtifal SRiM 2024 raikan murid cemerlang akademik, kokurikulum, sahsiah & disiplin

Iklan
Barisan murid cemerlang yang diraikan dalam Majlis Ihtifal SRiM 2024.

Murid yang cemerlang sudah semestinya akan diraikan dalam satu majlis sebagai penghargaan atas usaha gigih mereka sepanjang persekolahan.

Selain mengiktiraf mereka, ia juga ingin memberi inspirasi kepada murid-murid lain agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang sama.

Iklan
Iklan

Terbaharu, murid-murid cemerlang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin dari Sekolah Rendah i-Musleh (SRiM), Melaka telah diraikan kejayaan mereka menerusi Majlis Ihtifal SRiM 2024 di Dewan Persada Permata, Multimedia University (MMU) pada Ahad.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya diberikan penghormatan merasmikan itu sekali gus menyaksikan pengumuman bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada SRiM.

Adam Adli

Iklan

Beliau berkata, pendidikan adalah asas kepada pembangunan negara.

"Atas objektif ini, saya akan mengaturkan pertemuan antara pihak sekolah dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi membincangkan keperluan sekolah (SRiM) ini,” ujarnya.

Iklan

Guru Besar SRiM, Abdul Rashid Sarmani turut berkongsi perkembangan positif sekolah yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

"Jumlah murid ketika ini telah mencecah 420 orang.

"Bagaimanapun kami menghadapi cabaran besar termasuk keperluan dana untuk membeli bangunan sekolah yang kini masih disewa," ujarnya.

Sementara itu, Majlis Ihtifal SRiM 2024 turut memperlihatkan penyampaian RM5,000 sumbangan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Melaka.

Ia diserahkan Naib Yang Dipertua (NYDP) BAKIT Melaka, Syahizam Mohamed Diah kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan.

Hadir sama Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Melaka, Dr Mohd Aizaini Maarof; Pengerusi Lembaga Pengarah Edu Insaniah, Abdul Aziz Omar; Pengerusi Lembaga Penyelarasan Pendidikan IKRAM Negeri, Mohamad Zamri Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan i-Musleh, Zamzuri Abd Majid dan Timbalan Guru Besar SRiM, Abdul Qayyum Yaakop.

Untuk info, Majlis Ihtifal SRiM 2024 berlangsung meriah dengan pelbagai persembahan murid dan penyampaian anugerah khas kepada mereka yang terpilih.

Kejayaan penganjuran majlis ini membuktikan komitmen SRiM dalam melahirkan generasi seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan nilai sahsiah.