Ketepikan minat demi SPM

Iklan
Nathania memeluk ibunya sebagai tanda penghargaan.

Demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Nathania Nyanasigamani, 18, sanggup mengetepikan minat yang selama ini menjadi sebahagian daripada rutinnya.

Meskipun berat untuk melepaskan seketika hobi yang dicintai, dia nekad membuat pengorbanan demi mencapai keputusan cemerlang.

Iklan
Iklan

Kini, keputusan yang diperoleh membuktikan bahawa setiap pengorbanan pasti membawa hasil, asalkan disertai dengan usaha bersungguh-sungguh dan disiplin yang tinggi.

"Hobi seperti melukis dan menulis jurnal memerlukan tempoh yang lama.

Iklan

"Saya tidak dapat luangkan masa untuk hobi itu kerana mengutamakan SPM terlebih dahulu,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Kajang ini.

Nathania turut berkongsi niat menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam bidang TESL agar dapat menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.

Iklan

Tidak sangka anak peroleh semua A

Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan bangga seorang ibu apabila anak tunggalnya berjaya memperoleh keputusan semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Meskipun tidak pernah menjadi tumpuan di sekolah, kejayaan luar biasa itu menjadi bukti bahawa usaha berterusan dan sokongan keluarga mampu mengubah segalanya.

Nathania Nyanasigamani, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Methodist) Convent Kajang antara 23 pelajar yang berjaya meraih keputusan cemerlang SPM 2024.

Ibunya, Raynuha Mahadevan, 50, berkongsi bahawa dia sangat cemas dengan keputusan yang diterima anak kesayangnya itu, namun perasaan berkenaan berjaya ditepis dengan kegembiraan.

"Sebenarnya, saya rasa seperti 50-50 juga. Sudah tentu kita idamkan yang terbaik tetapi ada juga perasaan takut.

"Nenek dia sudah pesan awal-awal supaya saya dan keluarga lain menerima apa juga keputusan yang diperolehinya. Dia sudah berusaha dan itulah hasilnya.

"Selepas ambil keputusan, kita memang harus berterima kasih kepada Tuhan. Ramai juga ahli keluarga lain dan kawan-kawan yang mendoakan Nathania," katanya secara eksklusif bersama Sinar Bestari selepas mengetahui keputusan cemerlang anaknya.

Kelas tambahan untuk subjek lemah sahaja

Dalam usaha mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, Raynuha mengambil inisiatif untuk menghantar anaknya ke kelas tambahan di luar persekolahan.

Selain pelajar berpeluang mengukuhkan pemahaman, mereka juga mendapat bimbingan lebih mendalam dan melatih kemahiran menjawab soalan peperiksaan mengikut format.

"Dia beritahu agak lemah subjek Matematik dan Perakaunan. Jadi, saya daftarkan dia ke kelas tambahan luar.

"Tetapi, pihak sekolah juga beri inisiatif sama untuk menyediakan kelas tambahan di sekolah selepas waktu persekolahan. Selalunya mereka buat waktu petang ataupun malam menerusi dalam talian," katanya.

Tidak kira kelas tambahan di sekolah mahupun luar sekolah, ia menjadi platform penting untuk pelajar bertanya soalan dan mengatasi kelemahan dalam subjek tertentu.

Secara tidak langsung, ia turut membantu melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin menghadapi cabaran peperiksaan.