Pelajar MRSM Pekan ditemui selamat di Chukai, Terengganu! 'Terima kasih kepada semua yang tak putus-putus mendoakan Anas Baihaqi'

Iklan
Anas Baihaqi ditemui berada di rumah saudaranya di Chukai kira-kira jam 7 pagi tadi, dalam keadaan selamat dan stabil. Gambar kecil: Yahaya

Kehilangan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pekan, Pahang akhirnya terjawab apabila dia ditemui selamat di Chukai, Kemaman, Terengganu pagi ini.

Remaja berkenaan, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga di Kuantan, Pahang semalam.

Iklan
Iklan

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan keluarga dan masyarakat yang turut menghebahkan usaha pencarian di media sosial.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, pelajar tersebut ditemui berada di rumah saudaranya di Chukai kira-kira jam 7 pagi tadi, dalam keadaan selamat dan stabil.

Iklan

"Berdasarkan laporan yang diterima semalam pada jam 4 petang, kita terus jalankan siasatan dan menemuramah ahli keluarga.

"Pada pukul 7 pagi ini, Anas Baihaqi berjaya dikesan di rumah saudaranya di sini. Kes dianggap selesai, namun siasatan lanjut tetap diteruskan bagi mengetahui bagaimana pelajar ini boleh sampai ke sana," katanya.

Iklan

Kisah kehilangan Anas Baihaqi menjadi perhatian selepas siasatan awal mendapati dia pernah menyuarakan keengganan untuk kembali ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

Ibunya, 41 tahun, memaklumkan anak lelakinya masih berada di rumah sekitar jam 3.30 petang semalam, namun tidak lama selepas itu dia dilaporkan hilang apabila didapati tiada di bilik tidur.

Remaja tersebut turut membawa telefon bimbit milik adiknya, sepasang kasut sukan, beg galas dan sejumlah wang tunai ketika meninggalkan rumah.