Kursus pemantapan petugas tangani isu berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas

Iklan
Sesi praktikal yang dijalankan dalam meningkatkan kemahiran regangan sendi

Seramai 120 petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk terlibat dalam kursus pemantapan petugas bagi menangani pelbagai isu berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas.

Program yang berlangsung dua hari itu merupakan kerjasama antara PPDK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Iklan
Iklan

Bertempat di Perbadanan Produktiviti Malaysia di Kepala Batas, program tersebut turut disertai oleh pensyarah-pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Kampus Bertam sebagai penceramah.

Sesi praktikal yang dijalankan dalam meningkatkan kemahiran regangan sendi

Lebih menarik lagi, bengkel itu diadakan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan di kalangan para petugas mengenai kepentingan intervensi bagi pelatih-pelatih yang selaras dengan amalan berasaskan kajian penyelidikan semasa.

Iklan

Seorang pensyarah bidang terapi cara kerja, Muhammad Radhi Rahimi Abu Bakar membincangkan tentang intervensi kehidupan harian kanak-kanak berkeperluan khas.

Beliau menjelaskan kepentingan menggalakkan kemandirian anak-anak golongan berkenaan dalam menjalani aktiviti harian seperti makan, berpakaian, latihan ke tandas.

Iklan

Selain itu, perkongsian daripada pensyarah fisioterapi, Muhammad Iqbal Shaharudin juga tentang pengendalian asas perkembangan motor kasar seperti regangan dan tekanan sendi kanak-kanak golongan berkenaan.

Kursus pemantapan petugas tersebut memberi peluang kepada petugas untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah sekali gus boleh mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh menerusi program praktikal.

Begitu juga yang dikongsikan oleh pakar kejururawatan, Norsuraya Hassan yang memberikan pencerahan tentang pengurusan stres dalam kalangan petugas PPDK.

Sesi praktikal yang dijalankan dalam meningkatkan kemahiran aktiviti harian kanak-kanak berkeperluan khas

Dalam sesi berkenaan, Norsuraya memberikan pelbagai tip dan teknik pengurusan tekanan yang boleh digunakan bagi mengelakkan keletihan emosi.

Kursus pemantapan itu penting bagi memastikan setiap petugas bukan sahaja memahami konsep intervensi yang berkesan, tetapi juga cekap dalam melaksanakannya.