Penjelasan lengkap Cikgu Muiez tentang kiraan merit SPM!

Iklan
Cikgu Muiez ketika menyampaikan perkongsian mengenai kaedah kiraan merit SPM kepada para pelajar.

Setiap pelajar pastinya menyimpan harapan tinggi untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Deretan A dalam slip keputusan dianggap tiket utama untuk menembusi gerbang universiti idaman dan kursus pilihan.

Iklan
Iklan

Namun, tahukah anda bahawa memperoleh semua A tidak semestinya menjamin merit yang paling tinggi?

Baru-baru ini, Guru Bimbingan dan Kaunseling yang cukup dikenali dalam kalangan pelajar dan warga maya, Cikgu Abdul Muiez Mohammad Ruslee, tampil berkongsi contoh kiraan merit SPM secara terperinci di media sosial.

Iklan

Beliau yang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, Selangor serta merupakan Edufluencer Selangor, telah memuat naik satu hantaran ilmiah yang berjaya mencuri perhatian ramai.

Perkongsian tersebut bukan sahaja membuka mata pelajar, malah menjadi rujukan penting bagi ibu bapa yang ingin memahami strategi sebenar dalam membantu anak-anak membuat pilihan akademik yang tepat selepas SPM.

Iklan

Berikut kupasan penuh oleh Cikgu Muiez. 

Cikgu Muiez

*****

Cara saya letakkan target SPM anak saya.

Semalam saya jadikan keputusan pertengahan tahun anak sebagai contoh pengiraan merit ketika program dengan murid-murid SPM.

Dia ada banyak A. Tiga A untuk subjek universal (subjek wajib).  

Tapi subjek pakej dia agak teruk. Tambah teruk bila Matematik Tambahan dan Kimia dia gagal.

Rezeki bila dia ada tambahan Pendidikan Seni Visual. Jadi, dua subjek yang gagal itu tak dimasukkan dalam pengiraan merit.

Mata merit anak saya hanya 50 lebih saja.

(Banyak A tapi 50 lebih saja meritnya)

Saya cadangkan dia masuk Diploma English di Kolej Profesional MARA. Sebab kursus ini ada Sijil Penterjemahan ITBM sebagai sijil tambahan.

Dua tahun diploma tambah lapan bulan untuk sijil penterjemahan.

Tapi purata meritnya agak tinggi. Lebih kurang 85++.

Saya tunjukkan kepada semua murid cara kiraannya.

Langkah pertama, saya naikkan dulu dua subjek pakej yang tak kredit kepada C. Mata merit masih tak capai.

Seterusnya saya naikkan subjek-subjek A- kepada A solid. Pun tak lepas.

Kemudian saya cuba naikkan subjek universal kepada A+. Tak lepas juga.

Saya naikkan subjek yang dapat B+ kepada A. Tak lepas.

Saya cuba lagi naikkan subjek A di mata pelajaran terbaik kepada A+. Masih tak capai purata merit yang ditetapkan.

Akhir sekali, saya naikkan, subjek pakej kepada B+. Kali ini lepas. 

Keputusan keseluruhan untuk capai 85 peratus ialah 6A+ (empat subjek universal + dua mata pelajaran terbaik) + 2B+ untuk subjek pakej.

Atau pilihan kedua, mesti dapat 8A dan markah merit akan capai 88 peratus. 

Kalau anak saya ingin masuk kursus English di Kolej Profesional MARA yang purata meritnya 85 peratus dia kena dapat:

1) 6A+ 2B+ atau

2) 8A

Ada dua pengajaran yang saya berikan kepada murid-murid.

1) Dapat A banyak pun tak menjamin merit tinggi kalau subjek universal tak A.

2) Pentingnya subjek tambahan, contoh anak saya Pendidikan Seni Visual. Dia ada dua subjek reserve (simpanan). Bila dua subjek pakej gagal, dia ada PAI dan PSV untuk masukkan dalam kiraan merit. Subjek gagal tu tak kira.

Balik, kami suruh murid kira merit dan ikut cara kami buat. Tak faham, jumpa kami di bilik kaunseling.

Begitulah caranya saya ajar murid-murid saya untuk letak target dalam SPM.

Begitulah. 

Sumber: Facebook Abdul Muiez  (Abdul Muiez Mohammad Ruslee)