Dulu SETARA Lagoon, kini kolam ikan tilapia merah. Idea guru SK Taman Sutera menjadi!

Iklan
Projek penternakan ikan tilapia merah diilhamkan oleh dua guru inovatif, Cikgu Mohd Aidil dan Cikgu Rashdan yang melihat potensi kolam sekolah sebagai lokasi berimpak tinggi untuk aktiviti luar bilik darjah.

Ketika sekolah lain mungkin sibuk menghias kelas atau membina landskap taman bunga, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera (SETARA), Johor Bahru, Johor tampil berbeza apabila berjaya melaksanakan projek penternakan ikan tilapia merah di kawasan sekolah.

Projek unik yang bernaung di bawah Program Kelestarian Sekolah ini bukan sekadar memupuk nilai cinta alam sekitar, malah membuka peluang kepada murid untuk mengenali dunia akuakultur dan asas keusahawanan secara praktikal.

Iklan
Iklan

Projek penternakan ikan tilapia merah diilhamkan oleh dua guru inovatif, Cikgu Mohd Aidil Sahipaludin dan Cikgu Rashdan yang melihat potensi kolam sekolah sebagai lokasi berimpak tinggi untuk aktiviti luar bilik darjah.

Bukan itu sahaja, guru-guru bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut berganding bahu mengumpulkan anak ikan tilapia hasil aktiviti memancing, sebelum dibesarkan oleh murid-murid sendiri di kolam sekolah menggunakan sistem penjagaan lestari.

Iklan

Menurut Cikgu Mohd Aidil, kolam ikan tilapia merah dijaga bersama oleh guru dan murid, bermula dengan memberi makan ikan sehinggalah membersihkan kolam.

"Menerusi kolam ini, murid-murid bukan sahaja terdedah kepada bidang penternakan ikan sahaja sebaliknya budaya keusahawanan dapat diterapkan apabila ikan tilapia sudah matang dan boleh dijual kepada komuniti luar," katanya selaku Penyelaras Kelestarian merangkap Guru Bimbingan Kaunseling Lantikan Dalaman dan Guru Bahasa Melayu.

Iklan

Sementara itu, Guru Besar SETARA, Cikgu Naidatul Zamrizam Abu berkata, projek ikan tilapia merah telah membuka dimensi baharu dalam pendekatan pendidikan holistik di sekolah tersebut.

"Saya amat berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak.

"Projek ini bukan sahaja memperkenalkan murid kepada bidang penternakan dan pertanian moden, tetapi juga mendidik mereka tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar dan nilai keusahawanan,” katanya.

Mengulas lanjut, Cikgu Naidatul Zamrizam berkata, murid-murid terlibat secara langsung dalam proses penjualan ikan tilapia merah apabila sudah matang.

"Ia dipasarkan kepada ibu bapa dan komuniti luar, seperti yang dilakukan sempena Gotong-Royong Madani pada 12 Julai lalu.

"Jualan melebihi 20 kilogram ikan dalam satu sesi menunjukkan sambutan luar biasa daripada masyarakat sekitar.

"Hasil jualan disalurkan semula kepada pihak sekolah untuk membiayai penambahbaikan fasiliti dan meneruskan kelestarian projek-projek pendidikan akan datang," ujarnya.

Sebelum ini, SETARA terkenal dengan penghasilan kolam yang dipanggil SETARA Lagoon.

Difahamkan, kolam dihasilkan itu mengambil inspirasi daripada dekorasi Forest City Johor Bahru.

"SETARA Lagoon merupakan taman yang indah, tenang, relaksi dan menyegarkan emosi murid-murid.

"Wujudnya kolam ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada keindahan sekolah apatah lagi sebelum ini sekolah sudah memiliki terapi sukan (tapak golf), taman flora dan fauna (tanaman sayur-sayuran nutripot dan hydropinik), terapi muzik dengan lagu kelestarian dan sebagainya," ujar Cikgu Mohd Aidil.

SETARA Lagoon merupakan taman yang indah, tenang, relaksi dan menyegarkan emosi murid-murid.