ASFC buru kemenangan keempat, kekal rekod tanpa kalah

Iklan
ASFC bakal berdepan Bangi Junior dalam aksi Liga Remaja FAS Bawah 12 Tahun 2025 di Padang Radia Arena B Sabtu ini.

Anak Sejati Football Club (ASFC) meneruskan misi mengekalkan rentak kemenangan apabila turun menentang Bangi Junior dalam aksi Liga Remaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Bawah 12 Tahun 2025 di Padang Radia Arena B Sabtu ini.

Skuad muda itu kini gah dengan tiga kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi sepanjang saingan Kumpulan B selepas menewaskan Mozyda (2-0), Putra Perwira (3-0) dan SHAS (2-0).

Iklan
Iklan

Presiden merangkap jurulatih ASFC, Faizal Wahid, menegaskan fokus utama pasukan bukan sekadar mencari kemenangan tetapi memastikan pemain memiliki asas kukuh untuk melangkah ke sekolah sukan suatu hari nanti.

"Matlamat kami jelas, bukan sahaja mahu layak ke peringkat seterusnya, tetapi juga mendidik anak-anak ini agar mempunyai disiplin dan asas bola sepak yang baik,” katanya.

Iklan

ASFC telah mendaftar 20 pemain untuk kejohanan ini dengan 16 pemain diturunkan setiap minggu termasuk sembilan pemain utama dan tujuh pemain simpanan.

Antara tonggak pasukan yang menjadi sandaran ialah Muhammad Aidil Ziqri (Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 18); Muhammad Al-Hadeef (SK Seksyen 9); Khaleef Jasri (SK Seksyen 9); Muhammad Asyraaf Haiqal (SK Seksyen 7); Maliq Aqeef (SK Taman Desaminium); Aqil Rizqin (SK Sementa); Muhammad Shahfiras Akasha (SK Setia Alam); Jihad Ayash (SK Bandar Anggerik) dan Muhammad Harith (SK Bukit Naga).

Iklan

Sabtu ini, ASFC membawa misi mengukuhkan kedudukan kumpulan sekali gus mendekatkan slot ke peringkat seterusnya.