'Human graphic', koir jadi penyeri

Iklan
Gerakan kreatif diiringi lagu-lagu patriotik hasil sentuhan jurulatih. Gambar kecil: Ahmad Hafiz

Pada 31 Ogos nanti, Dataran Putrajaya menjadi saksi jutaan rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang diserikan dengan persembahan istimewa.

Ia menggabungkan seni kreatif tarian human graphic dan alunan koir daripada seramai 2,000 pelajar seluruh negeri Selangor.

Iklan
Iklan

Mereka akan berganding tenaga membentuk formasi kreatif yang melakar simbol kebanggan negara, diiringi nyanyian koir penuh semangat patriotik.

Setiap pelajar perlu menguasai gerakan tarian secara tepat dan lontaran vokal yangbaik untuk menyertai pasukan tarian kemerdekaan ini

Iklan

Ketua Jurulatih, Ahmad Hafiz Awaludin berkata, pelajar yang terlibat hanya mengambil masa selama lebih kurang dua bulan untuk membuat persiapan sekali gus menghafal gerak tari serta nyanyian.

“Sebanyak 50 sekolah di sekitar Selangor terlibat. Setiap sekolah kami ambil 40 murid untuk melengkapkan 2,000 penglibatan.

Iklan

“Mereka yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Kami meletakkan ciri-ciri dan juga kriteria pelajar yang dipilih seperti memiliki keupayaan dari segi pergerakan kreatif dan vokal yang baik,” katanya kepada Sinar Bestari.

Sesi latihan kelompok dilaksanakan di KSL Esplanade Mall, Klang sejak 23 Jun sehingga 20 Ogos lalu sebelum raptai penuh di Dataran Putarajaya.

Ditanya mengenai jumlah tarian dan lagu yang akan dipersembahkan, Ahmad Hafiz menyatakan hampir 30 lagu dialunkan sepanjang sambutan berkenaan.

“Ada 30 lagu yang akan dipersembahkan termasuk perarakan kontinjenkontinjen yang terlibat.

“Pelajar ini akan buat juga laungan vokal beberapa lagu lagu pilihan. Ini juga memerlukan bantuan daripada 29 jurulatih bagi mengawal pelajar semasa hari berlangsung,” kata Ahmad Hafiz yang juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, Shah Alam.

Utamakan disiplin

Latihan kelompok yang membabitkan seramai 2,000 pelajar ini bukan sahaja menuntut komitmen tinggi, malah menekan aspek disiplin sebagai teras utama kejayaan.

Setiap pelajar dilatih untuk menepati masa, mematuhi arahan serta menjaga kerjasama dalam kumpulan besar agar pergerakan human graphic dan persembahan koir dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Ahmad Hafiz berkata, kesungguhan mereka jelas menggambarkan bahawa disiplin bukan sekadar aturan, sebaliknya menjadi kunci utama dalam memastikan persembahan bersejarah ini berlangsung penuh lancar.

FOKUS... Pelajar perlu memberikan perhatian pada setiap lagu-lagu yang dimainkan supaya tidak tersilap gaya.

“Jurulatih sudah beri beberapa peringatan dan membentuk satu trend murid, di mana mereka mesti patuh pada setiap arahan serta tidak melakukan sesuatu perkara sebaliknya.

“Jadi, setiap kali mereka berkumpul di KSL Esplanade Mall ini, kita tahu ia merupakan tempat terbuka, maka muridmurid hanya bertindak mengikut arahan.

“Kita dapat selesaikan isu disiplin yang berlaku dalam sesi latihan ini,” katanya lagi.

Bagi memastikan tahap disiplin terjaga, jurulatih turut turun padang ke setiap sekolah bagi menyelaraskan latihan dan memantau pelajar terpilih.

Ahmad Hafiz mengakui kesungguhan pelajar jelas membuktikan bahawa disiplin menjadi kunci utama dalam menjayakan persembahan bersejarah yang melambangkan semangat patriotisme generasi muda.

“Kami dah turun ke sekolah dan membuat pemantauan dan membuat kunjung bantu, jadi apabila mereka membuat latihan kelompok, kita hanya menggabungkan sahaja.

“Bukannya berkumpul di sini, baru nak mengajar dan sebagainya,” katanya.