Penglibatan Greta Thunberg dalam GSF ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menyumbang kepada isu besar dunia.
Penglibatan Greta Thunberg dalam GSF ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menyumbang kepada isu besar dunia.

Greta Thunberg sukarelawan Sumud Flotilla: Inspirasi anak muda peduli kemanusiaan

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
03 Oct 2025 03:38pm

Greta Thunberg atau nama sebenarnya Greta Tintin Eleonora Ernman Thunberg, gadis berusia 22 tahun dari Sweden bukan nama asing lagi dalam dunia aktivis.

Dia yang terkenal kerana perjuangannya menentang perubahan iklim melalui gerakan Fridays for Future, namun kali ini dia tampil di pentas berbeza apabila menyertai sebuah misi kemanusiaan antarabangsa yang berlayar menuju ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF).

Dilahirkan pada 3 Januari 2003, Greta mula dikenali dunia sejak berumur 15 tahun lagi apabila memulakan protes bersendirian di luar bangunan Parlimen negaranya.

Ia disebabkan untuk menuntut tindakan lebih tegas terhadap krisis iklim dan akhirnya mencetuskan gelombang global melibatkan jutaan pelajar seluruh dunia.

Dia juga secara terbuka berkongsi bahawa dirinya seorang yang berada dalam spektrum autisme.

Bagi Greta, keadaan itu bukan kekurangan, sebaliknya kekuatan yang membuatkan dia lebih fokus, jujur dan tegas dalam mempertahankan prinsip.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menurut pengumuman rasmi GSF, Greta Thunberg dilantik sebahagian daripada jawatankuasa yang menggubal arah dan strategi misi iaitu Steering Committe.

Ketika kapal Flotilla semakan hampir ke Gaza, laporan antarabangsa menyebut pasukan laut Israel telah memintas dan menahan hampir semua peserta termasuk Greta.

Walaupun ditahan, mesej yang cuba disampaikan tetap bergema bahawa dunia tidak boleh menutup mata terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Penglibatan sukarelawan termuda dalam GSF ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menyumbang kepada isu besar dunia.

Greta bukan sahaja konsisten memperjuangkan alam sekitar, malah berani menyertai misi berisiko demi nilai kemanusiaan sejagat.

Ringkasan AI

  • Greta Thunberg, aktivis perubahan iklim berusia 22 tahun dari Sweden, menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla
  • Mula dikenali sejak usia 15 tahun dengan memulakan protes di luar Parlimen Sweden menuntut tindakan terhadap krisis iklim
  • Greta berkongsi dirinya berada dalam spektrum autisme, yang dianggapnya sebagai kekuatan
  • Dilantik dalam Steering Committee GSF dan ditahan oleh pasukan laut Israel ketika misi hampir sampai ke Gaza
  • Menyatakan usia bukan penghalang dalam menyumbang kepada isu dunia dan menekankan pentingnya tidak menutup mata terhadap penderitaan rakyat Palestin
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp