Pelajar meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM batal kejohanan

Iklan
Seluruh warga KPM mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang pelajar yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat.

Iklan
Iklan

KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian pelajar itu.

"Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Iklan

"Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan