Al-Quran peneman setia Profesor Afandi dalam pelayaran ke Gaza

Iklan
Di tengah lautan luas, ketika kapal Conscience terus berlayar menuju destinasi penuh cabaran, Profesor Afandi kelihatan tenang dan khusyuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

"Peneman Profesor Dr Mohd Afandi Salleh ketika berada di atas kapal Conscience." 

Demikian kapsyen yang dikongsi Facebook MyCARE menerusi satu hantaran video pada Isnin.

Iklan
Iklan

Hantaran indah itu memperlihatkan sosok tenang pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedang membaca al-Quran di tengah-tengah lautan luas.

'Peneman' yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah al-Quran, sumber kekuatan rohani yang menjadi pegangan utama beliau sepanjang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza.

Iklan

Bagi penulis, menyaksikan beliau membaca al-Quran di atas kapal menunjukkan bahawa kitab suci ini bukan sekadar bacaan, tetapi sumber kekuatan yang mampu mengatasi segala beban dan ketakutan.

Iklan

Berkongsi mengenai latar belakang ahli akademik ini, ternyata Profesor Afandi bukan calang-calang individu.

Hasil semakan Sinar Bestari di portal UniSZA mendapati anak kelahiran Terengganu ini dikenali sebagai seorang ilmuwan pintar, berdedikasi dan berjiwa kemanusiaan yang aktif dalam dunia pendidikan serta kerja-kerja kebajikan.

Kehebatannya terserlah melalui perjalanan akademik yang membanggakan, bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1995, diikuti Ijazah Sarjana Undang-undang Antarabangsa dan Perhubungan, Lancaster University, United Kingdom (UK) (1996), sebelum menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Durham University, UK pada 2011.

Selain itu, kecemerlangan beliau tidak hanya dalam akademik, malah turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antaranya, pingat gangsa MPI 2016, Ikon Penyelidikan 2018 menerusi kajian bertajuk Maqasid Al-Syariah as a Parameter in Ratifying the International Treaties serta pingat Perak ITEX 2020 melalui inovasi aplikasi Foodbank Siswa App.

Kini, keberangkatan Profesor Afandi dalam misi FFC bersama aktivitis lain iaitu Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi), Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr Maziah Muhammad, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan Syafik Shukri Abdul Jalil bukan sekadar mewakili Malaysia di medan kemanusiaan, tetapi juga membawa semangat perjuangan dan kasih terhadap sesama insan.

Semoga beliau dan seluruh pasukan misi sentiasa berada dalam lindungan ALLAH dan dikurniakan kekuatan menempuh setiap cabaran di lautan.