
Ardell Aryana, graduan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Cambridge sertai misi GSF! Berani & hebat
Nama Ardell Aryana bukan lagi asing di pentas hiburan tanah air. Namun, di sebalik wajah lembut dan personalitinya yang sederhana, tersimpan jiwa kental seorang wanita yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi kemanusiaan.
Baru-baru ini, nama Ardell kembali menjadi sebutan selepas beliau menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Keberanian dan keteguhan semangat Ardell telah menjadikan beliau ikon inspirasi dalam kalangan pelajar dan belia, yang melihat perjuangannya sebagai simbol kasih sayang sejagat dan semangat kemanusiaan tanpa batas.
Menerusi sumber rujukan Wikipedia, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, dilahirkan di Kuala Selangor, Selangor.

Beliau merupakan anak kelima daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Mohd Amin dan Sawiyan Abdullah.
Sejak muda lagi, Ardell dikenali sebagai seorang yang penyayang, berdisiplin dan aktif dalam kegiatan sosial. Bakat kepimpinannya terserlah sejak di bangku sekolah dan diteruskan ketika melanjutkan pengajian.
Dari segi akademik, Ardell merupakan graduan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Cambridge.
Bidang tersebut memberi pendedahan luas tentang dunia perniagaan sebenar dan kemahiran penting seperti pengurusan sumber manusia, pemasaran, kewangan, insurans serta keusahawanan.

Ilmu yang diperoleh ini bukan sahaja membentuk kecekapan profesional Ardell, malah mengasah jati dirinya sebagai individu berfikiran strategik dan berjiwa kepimpinan.
Terkini, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu dilaporkan telah selamat dibawa keluar dari negara I… selepas berada dalam tahanan rejim Zionis sejak Khamis lalu.
Turut dibawa pulang ialah sekumpulan sukarelawan Malaysia lain yang menyertai misi GSF tersebut.
Menurut kenyataan rasmi Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), pesawat khas yang membawa semua aktivis Malaysia itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, I… menuju ke Istanbul, Turkiye pada jam 6.45 petang waktu Malaysia.
Ringkasan AI
- Ardell Aryana terkenal dalam pentas hiburan dan memiliki semangat kemanusiaan yang kuat
- Beliau menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza
- Ardell dianggap sebagai ikon inspirasi kerana keteguhan dan semangat kasih sayangnya
- Memiliki latar belakang akademik dalam Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Cambridge
- Telah selamat kembali ke Malaysia setelah ditahan oleh rejim Zionis semasa menyertai misi GSF