Pada usia 68 tahun, semangat juang Dr Fauziah dalam memperjuangkan kemanusiaan masih membara sekali gus menjadi contoh luar biasa buat rakyat Malaysia khususnya golongan muda.
Pada usia 68 tahun, semangat juang Dr Fauziah dalam memperjuangkan kemanusiaan masih membara sekali gus menjadi contoh luar biasa buat rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

Srikandi Negara, Dr Fauziah graduan Perubatan University of Tasmania! Pernah diiktiraf Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Oct 2025 04:36pm

Nama Dr Fauziah Mohd Hassan, anak jati Terengganu, kembali menjadi sebutan ramai apabila beliau menyertai gelombang ketiga misi flotila kemanusiaan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

Pada usia 68 tahun, semangat juangnya dalam memperjuangkan kemanusiaan masih membara sekali gus menjadi contoh luar biasa buat rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

Dari sudut akademik, isteri kepada Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali bukan calang-calang insan.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari University of Tasmania, Australia dan sejak tahun 2003 telah menjadi Fellow Royal College of Obstetrics and Gynaecology (United Kingdom).

No Image Caption

Kini, Dr Fauziah berkhidmat sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Kuala Lumpur, sejak 1997 dengan membawa pengalaman lebih empat dekad dalam bidang perubatan.

Perjalanan kemanusiaan Dr Fauziah bermula pada awal 2000 apabila dilantik sebagai Bendahari Persatuan MERCY Malaysia (2000–2006).

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tempoh itu, beliau telah menyertai pelbagai misi antarabangsa termasuk ke Kosovo (1999), Maluku Indonesia (2000), Afghanistan (2001–2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009).

Selepas itu, wanita hebat ini terus aktif dalam Aqsa Syarif (sebuah badan bukan kerajaan) yang memperjuangkan isu Palestin dan kini memegang peranan penting sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta Penasihat Rose2Rose (R2R).

No Image Caption

Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan ‘Women’s Boat to Gaza’, misi yang diketuai wanita dari seluruh dunia bagi menembusi sekatan laut Israel dan membawa mesej solidariti kepada rakyat Palestin.

Sepanjang penglibatan Dr Fauziah dalam misi kemanusiaan, beliau telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antara anugerah yang diterima ialah Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa (2014), Anugerah Khaulah Al-Azwar (2016) oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Tokoh NGO Islam (Kategori Wanita) (2017).

No Image Caption

Untuk info, misi kemanusiaan FFC kali ini turut disertai beberapa lagi wakil Malaysia antaranya Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin (Ketua Delegasi), Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr Maziah Muhammad, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan Syafik Shukri Abdul Jalil.

Sinar Bestari mendoakan agar Dr Fauziah dan pasukannya terus diberi kekuatan serta dilindungi dalam misi mulia yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

No Image Caption

No Image Caption

 

Ringkasan AI

  • Dr Fauziah Mohd Hassan, anak jati Terengganu menyertai gelombang ketiga misi flotila kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza
  • Pada usia 68 tahun, beliau masih aktif memperjuangkan isu kemanusiaan dan menjadi contoh buat golongan muda
  • Dr Fauziah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari University of Tasmania dan Fellow Royal College of Obstetrics and Gynaecology sejak 2003
  • Beliau mempunyai pengalaman lebih empat dekad dalam bidang perubatan dan kini bertugas sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
  • Dr Fauziah mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa termasuk Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa (2014) dan Tokoh NGO Islam (Kategori Wanita) (2017)
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp